Puas Cari Tak Jumpa, Gelagat Budak Lelaki Tidur Dalam Peti Ais Buat Ramai Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu merakam anaknya yang tertidur di dalam peti ais mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @madam_donut, kelihatan seorang seorang budak lelaki nyenyak tertidur di dalam peti ais malah saiznya juga menyebabkan kakinya terkeluar sedikit daripada peti ais tersebut.

Bapanya yang melihat perkara tersebut juga hairan dengan telatah anaknya itu kerana di dalam rumahnya terdapat dua biji air-cond namun masih memilih untuk tidur di dalam peti sejuk.

Dalam masa yang sama, ibunya juga sempat berseloroh kalau jadi apa-apa pasti orang akan menuduhnya masukkan anak ke dalam peti ais.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan anaknya suka bermain peti ais ketika dia berada di dapur sahaja dan peti tersebut tak dapat ditutup dengan rapat jika dia masuk ke dalam kerana saiz peti ais yang agak kecil.

“aku cari dia tak jumpa.. rupanya dia tidur dalam ni..memang dia suka keluarkan semua benda pastu saja2 masuk dalam ni” kata ibunya

“harini dia boleh pi lena dalam peti ais.. bertuah punya budak..jadi apa2 mampos orang kata aku buh anak dalam peti ais” tambah wanita ini.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@madam_donat #fyppppppppppppppppppppppp #ditaja ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – ♡︎

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 464.5K tontonan, 27.6K tanda suka, 1453 komen dan 1877 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki ini yang selamba tidur di dalam peti ais sedangkan rumah sudah mempunyai 2 biji air-cond.

Berikut meurpakan komen warga maya: