PU Syed Diperli Netizen Gara2 Tak Tegah Konsert Dewa 19

Sebelum ini, nama pendakwah selebriti Pencetus Ummah Syed dijulang orang ramai selepas menyuarakan pendapatnya yang tidak menyokong konsert-konsert hiburan diadakan di negara ini seperti Billie Eilish, Blackpink dan Justin Bieber.

Seperti yang semua tahu, kumpulan Dewa 19 beraksi hebat pada malam pertama Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 Tahun Dewa 19 di Stadium Axiata Arena malam tadi.

Bagaimanapun, nama PU Syed sekali lagi disebut-sebut namun kali ini dia diperli pula gara-gara didakwa tidak mencegah ‘kemungkaran’ yang berlaku.

Difahamkan, PU Syed diperli ‘double standard’ oleh netizen kerana tidak membuat sebarang bantahan terhadap konsert Dewa 19 yang sakan berlangsung semalam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed menjawab dia tidak mempunyai daya untuk membantah semua konsert yang diadakan. Malah, dia juga tidak bekerja untuk melihat setiap hari mana-mana konsert yang bakal diadakan di sini.

Katanya, tidak wajar jika beliau digelar double standard kerana beliau pernah menegaskan mana-mana perbuatan mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah. Pun begitu, beliau bukanlah sesiapa kerana tiada kuasa.

Tambahnya lagi, tugas-tugas ini bukan terletak di bahu ustaz sahaja tetapi kewajipan semua umat Islam.

Hantaran yang tular di laman Instagram