Nafi Berhenti Mengajar Sejak Mac Kerana MLS3, Namun Impian Sejak Kecil Ingin Jadi Selebriti

Malam tadi, kumpulan Ubi telah dinobatkan sebagai juara dalam sebuah rancangan lawak oleh Astro iaitu Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3). Kumpulan Ubi terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Fad Bocey, Sharif Zero dan seorang pendatang baharu, Namie.

Seperti yang pernah tular sebelum ini, Namie merupakan seorang guru sekolah rendah sebelum menjadi TikTok famous, influencer di media sosial sehinggalah bergelar pelawak di kaca televisyen.

Semalam, ketika sesi soal jawab bersama rakan-rakan media, Namie telah membongkarkan rahsia yang telah lama dia simpan daripada industri seni.

Namie membuat pengakuan dia telah berhenti berkhidmat sejak Mac lalu. Katanya, keputusan yang diambil itu langsung tiada kaitan  dengan MLS3 yang disertainya.

“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya tolak tepi segala tohmahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan.

“Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak Mac lagi.” dedah Namie yang bercita-cita mahu berada dalam bidang seni sejak kecil lagi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, dia terpaksa merahsiakan keputusan itu kerana tidak mahu mental dan privasinya terganggu.

Selain itu, salah satu sebab dia meletakkan jawatan sebagai guru kerana enggan mencalarkan imej profesion itu. Malah, sewaktu dia putuskan mahu berhenti, dua pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @namiesmy

“Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adalah pihak tuan akan suka?

“Jadi mereka hormati keputusan saya.”

Namie turut meminta maaf kepada semua kerana menyembunyikan kebenaran dan berharap agar kehadirannya dalam industri seni dapat diterima oleh orang ramai.

Terdahulu, Namie aktif di media sosial ketika masih bergelar guru dan dia tidak mahu content yang dihasilkannya akan mencalarkan nama baik insan bergelar guru.

Video penjelasan oleh Namie