Apabila disebut perkataan ‘multitasking’ pastinya wanita akan menang bukan? Manakan tidak, disamping memasak, sempat lagi cuci pinggan, jaga anak, bagi kucing makan, kemas ruang tamu.

Tapi kalau lelaki, goreng telur 2 minit, 2 minit juga lah tercegat di depan kuali. Memang tak sentuh kerja lain dah.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini sempat membuat susu anaknya di ketika memandu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nizadafani, kelihatan dia merakam suami dan anaknya yang berada di dalam kereta yang sedang bergerak.


Namun apa yang membuat orang ramai terkejut adalah dia kelihatan fokus membuat susu anak ketika kereta sedang bergerak malah langsung tidak memegang stereng!


Siapa sangka, rupa-rupanya kereta mereka kena tarik dengan sebuah towing car. Patutlah dia ‘selamba’ bancuh susu anak. Sekali dengan netizen di ‘prank’ olehnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dan berasa tertipu dengan gelagat seorang ayah membuat susu ketika memandu itu.

“Nasib aku tengok sampai habis. Kalau tidak tak pasal-pasal aku maki” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, ada yang sudah mula nak berikan kecaman namun bersyukur dia melihat video tersebut sehingga penghujung.

Antara komen warga maya:

“nasib tengok sampai habis”

“baru nak cakap berhent dulu bahaya.. jom balik, kita semua terkena..”


“sikit lagi nak taip ayat maki ni.. nasib tengok sampai habis..”

“minta maaf ye dah ter marah tadi”

Video yang tular di laman TikTok:

@nizadafanidaddy lagi pakar buat susu anak sambil drive.

♬ bunyi asal – Niza Dafani