“Kek batu?” Pengantin Kesal Kek Mahal Tapi Terlalu Keras Susah Nak Potong

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.

Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu apatah lagi rupa bentuk dan rasa kek pernikahan di majlis sendiri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelak mendedahkan riak wajah pengantin sewaktu sesi memotong kek.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @awiee97, kelihatan diamenunjukkan rupa bentuk kek yang cantik pada luaran namun siapa sangka kek tersebut tidak boleh dipotong oleh kerana teksturnya yang sangat keras.

Disangka kek mainan kerana tidakboleh dipotong malah sebenarnya ia adalah kek betul. Dapat juga kita lihat lelaki tersebut memanggil rakannya untuk memotong kek tersebut namun masih tidak berjaya.

Daripada segi bunyi ketika lelaki itu mengetuk kek tersebut pun dapat kita tahu betapa kerasnya kek tersbeut sehingga membuatkan pengantin yang memotong kek itu berkerut.

Apa yang membatkan orang ramai terkejut adalah kek tersebut ditempah dengan harga yang sangat tinggi iaitu RM500.

“Pengantin dahi bekerut ja masa potong.. nak suruh senyum pon macam muka pelik ja” katanya di ruangan kapsyen.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersbeut sempat berseloroh bahawa mereka perlu menggunakan kapak untuk memotong manisan berkenaan.

Video yang tular di laman TikTok:

@awieee97Pengantin dahi bekerut ja masa potong😂😂 nak suruh senyum pon macam muka pelik ja😂😂

♬ original sound – Fitri_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan 67.K tanda suka, 1251 komen dan 568 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing, ada yang terhibur melihat kek tersebut dan ada juga yang berang dengan sikap peniaga yang membuat kek ‘asal boleh’ itu.

Dalam mas ayang sama, ada juga segelintir para netizen yang berpendapat bahawa kek yang disaluti fondant tebal akan menjadi keras jika didedahkan dengan suhu rendah.