Post Gambar Seksi Di Instagram, Penampilan Terkini Puteri Balqish Undang Kecaman Netizen

Pemilik nama Puteri Balqish binti Azizi ini merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tahah air. Malah bakatnya dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.

Puteri Balqish juga merupakan seorang pelakon kanak-kanak wanita yang memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Ramai pihak yang memuji lakonan hebatnya.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan oleh sebab lakonan yang menghayati watak dan meraih perhatian ramai itu telah menjadikan dirinya antara pelapis pelakon hebat negara.

Terdahulu, pelakon muda Puteri Balqish ini pernah terpalit dengan kontroversi dan dikatakan kurang sihat serta mengalami masalah kewangan dalam keluarga. Namun setelah beberapa lama, pelakon ini dikatakan sudah kembali aktif dan sedang sibuk dengan beberapa pengembaran drama yang dibintanginya.


Memetik laporan Kosmo, Puteri Balqish yang sedang menjejaki umur remaja ini dilihat agak seksi dari segi pemakaiannya.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Puteri Balqish di laman Instagramnya, memaparkan penampilannya yang memakai dress terlalu pendek dan pakaian yang agak terdedah. Rata-rata perkongsian yang ditunjukkan dipenuhi dengan kehidupan hariannya di set pengembaran serta gambar-bersama kenalan dan juga video mempromosikan beberapa brand.

Pun begitu, bakal mengetahui dirinya bakal dikecam dan dikritik pelakon Puteri Balqish ini dilihat menutup ruangan komen gambar setiap perkongsian yang dimuat naik itu.

 

 

Menjengah di ruangan komen di laman Facebook, rata-rata warga maya hanya meninggalkan komen agar Puteri Balqish diberikan hidayah. Bukan itu sahaja, mereka juga menitipkan doa agar pelakon muda ini menemui pembimbingnya.

Antara komen warga maya di laman Facebook:

“Alasan yang tak boleh blah “dia budak lagi” pepatah melayu ” melentur buluh biarlah dari rebungnya” semoga Allah SWT melindungi kita semua”


“Astagfirullah Aqis kenapa sekarang macam tu..semoga aqis dilembutkan hati faham agama..lakonan dah baik harap-harap jaga aurat ya..”

“Tapi terlalu mendedah sangat pun tak baik juga..kita ni orang islam awakk..”

“Sukahati dia lah dah besar panjang..Dia tau lah apa dia buat..jaga je akhlak anak-anak kita sendiri”

“Allah, lepas sorang,sorang timbul moga ada lagi yang tampil menegur..”

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)