Penghijrahan Lisa Surihani Jadi Tumpuan, Yusry Dedah Tidak Pernah Memaksa

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila sebuah video yang memaparkan penampilan seorang pelakon wanita Lisa Surihani yang menghadiri satu majlis ilmu yang berpakaian jubah serba hitam serta menutup auratnya dengan sempurna.

Bukan dari segi pemakaian sahaja malah wajahnya juga tidak memakai secalit make up itu mencuri tumpuan ramai. Rata-rata warganet di aplikasi sosial tersebut membuatkan mereka kagum dengan penghijrahan pelakon tersebut.

Pun begitu, ramai orang memuji usaha yang dilakukan oleh pelakon Lisa Surihani kerana dapat dilihat perkembangan penghijrahannya dari semasa ke semasa tetap istiqamah. Bukan itu sahaja, ada juga yang berterima kasih kepada suaminya iaitu pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim kerana membimbing isterinya dengan baik.

Bagaimanapun, Yusry menjelaskan bahawa penghijrahan isterinya selama ini adalah di atas kehendak Lisa Surihani sendiri selepas mereka pulang menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu.

Memetik tembual mStar, penghijarahan yang dilakukan oleh Lisa adalah kerana Allah SWT dan bukan disuruh atau dipaksa olehnya. Walau pun begitu, Yusry tidak pernah mempersoalkan penampilan isterinya.

“It’s all her, itu apa yang dia mahu dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT.Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?”

“Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata… eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya.

Menurut Yusry, dia memaklumkan tidak pernah melarang isterinya untuk mengurangkan penglibatan Lisa Surihani dalam bidang lakonan. Malah, keputusan untuk kembali aktif dalam kaca TV juga sebenarnya pilihan isterinya sendiri.

“I don’t want to take credit for benda yang bukan I buat macam ‘oh Yusry bagus la pandai jaga isteri‘. Saya merestu, apa yang dia nak saya tidak melarang.” ujarnya lagi.

Di akhir kata, pengarah filem Juang ini turut mengatakan penghijrahan bukan sesuatu yang boleh dibuat main serta dipaksa-paksa kerana perubahan seseorang individu itu datang dari dirinya sendiri.