“Plot twist betul..” Abang Angkat Kini Bapa Tiri, Gadis Tumpang Happy Lelaki Ini Nikahi Ibunya

Pasti pada zaman persekolhan dulu ramai diantara kita yang mempunyai ‘kakak angkat’, ‘adik angkat’ dan juga ‘abang angkat’ bukan? Bila diingat semula, rindu pun ada, lucu pun ada.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsi sebuah kisah dimana lelaki yang dulu pernah dijadikan ‘abang angkat’ kini telah bertukar status kepada bapa tirinya.

Memetik laporan mStar, Norziha Syuhada Rosili, 23 mengenali lelaki berusia 31 tahun bernama Hafizi selama lebih 12 tahun sekali gus menjadikan hubungan mereka akrab seperti adik dan abang.

Namun siapa sangka, abang angkatnya itu bertemu jodoh dengan ibunya dengan ibu kandungnya, Hatini Mat Isa, 51, dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

“Masa umur saya sembilan tahun, ayah kandung meninggal empat hari sebelum hari raya. Disebabkan tiada lelaki dalam ahli keluarga saya, dua bapa saudara saya datang dan duduk dekat rumah ni untuk jaga keluarga kami. Mereka berdua sanggup datang dari Kedah ke Perak semata-mata untuk jaga kami. Kebetulan pula masa tu mereka ni masih bujang.”

“Satu hari, bapa saudara ajak kawan datang beraya di rumah. Dalam ramai-ramai kawan dia tu, ada seorang yang rapat dengan keluarga saya. Dia (Hafizi) baru berusia 19 tahun dan masa tu saya kecil lagi, jadi saya panggil dia abang.”

“Dia selalu ambil berat tentang keluarga saya. Kami susah senang pun semua dengan dia. Masa rapat tu adik saya yang bongsu baru berusia dua bulan selepas ayah meninggal,” ujarnya.

Oleh kerana jarak usia dan umur lelaki itu tidak jauh beza, Jiha menggelarkannya abang meskipun telah menganggapnya seperti bapa sendiri.

Bercerita lanjut, abang angkatnya mengambil keputusan untuk memperisterikan ibunya atas dasar ikhlas kerana mahu menjaga familinya seperti ketua keluarga bukan itu sahaja malah dia bersama tiga adik beradik yang lain senang hati apabila dia merupakan jodoh yang sudah tertulis buat ibunya.

“Abang angkat saya juga orang Perak. Dia duduk dengan keluarga sendiri dekat sini. Dari saya dan adik-adik kecil lagi dia ulang-alik untuk jenguk kami.”

“Sebenarnya saya tak anggap dia macam abang pun, tapi lebih kepada ayah angkat. Tapi sebab jarak umur dia dengan ibu 20 tahun, jadi saya lebih selesa panggil dia abang.”

“Selepas dia berkahwin dengan ibu, saya kena tukar panggilan tu kepada ayah sebab dah jadi bapa tiri dan bukan lagi abang angkat. Mula-mula janggal sebab dah terbiasa panggil abang tapi lama-lama bolehlah,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@ceq_jihaaa Nak join trend #masukberanda ♬ suara asli – Angi Lay

“Ramai ingat saya bercinta dengan abang angkat tu. Bunyinya agak pelik, tapi benar. Ibu saya yang kahwin dengan dia bukan saya.

“Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah tiri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik tentang kebahagiaan ibu dan bapa baru,” katanya.