PKP Mula Tunjuk Hasil, Cuma 85 Kes Baru COVID-19 Hari Ini

Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 85 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 5072 kes. 169 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan telah sembuh seramai 2647 orang. Sementara itu 1 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian Covid-19 seramai 83 orang. Sehingga kini, 56 kes sedang dirawat di [...]

Hari ini Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 h merekodkan sebanyak 85 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 5072 kes.

169 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan telah sembuh seramai 2647 orang.

Sementara itu 1 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian Covid-19 seramai 83 orang.

Sehingga kini, 56 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 32 kes daripadanya memerlukan bantuan penafasan.Daripada maklumat terkini yang dilaporkan, bagi kes yang kematian yang 83 seorang lelaki warganegara Malaysia dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes dapat terkawal. Manakala jumlah yang sembuh semakin tinggi.

Susulan PKP ketiga adalah bagi mengurangkan lagi kes positif dengan menggunakan pendekatan kepada kawasan berisiko tinggi.  Walau bagaimanapun, dilihat segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab masih keluar.

Kes makin kurang merupakan satu kejayaan apabila PKPD dilaksanakan kerana pihak KKM terus melaksanakan ujian ke atas orang-orang yang berkemungkinan dijangkiti.

Laporan-laporan pada negeri sudah makin berkurangan ekoran dari lebih banyak tumpuan ke atas 28 kluster, iaitu kumpulan sasar yang berpotensi.

Selepas kluster tabligh, pihak KKM lebih memberi fokus kepada pelajar tahfiz dan kebanyakkan mereka adalah negatif.

Saringan close contact masih dalam perlaksanaan.  Setakat ini pihak KKM lebih memberi pendekatan lebih terhadap kluster kluster terlibat.

Akhir sekali, pihak KKM menyeru agar semua rakyat patut pada arahan PKP yang dikeluarkan agar sama-sama dapat menangani penularan wabak ini.