Pizza Hut Malaysia Minta Maaf Gurauan Isu Agama dan Seksualiti

Pizza Hut Malaysia telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka melalui Twitter semalam mengenai satu Tweet yang menerima kecaman akibat menyentuh isu jantina dan agama. Tweet yang menggunakan bahasa melayu tersebut telah dibuang sebaik sahaja isu tersebut menjadi kecoh.

Dalam isu ini, Pizza Hut Malaysia telah membalas satu bebenang Tweet mengenai perbahasan aurat wanita dan transwoman yang ditulis dengan nada gurauan.

Berikut respon yang dikemukakan oleh pihak Pizza Hut selepas timbulnya kekecohan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, tweet tersebut telah dikeluarkan oleh satu agensi media yang dilantik untuk memantau media sosial syarikat pizza tersebut. Agensi media tersebut kemudian dikhabarkan telah dihentikan khidmat bersama Pizza Hut. Bagaimanapun, Pizza Hut Malaysia tidak mengemukakan nama agensi media berkenaan.