Top 5 Tempat Makan Best PD Port Dickson 2018

Port Dickson adalah satu tempat percutian yang wajib dikunjungi terutama warga KL pada setiap hujung minggu. Bila sampai hari jumaat, dalam kepala orang KL mesti nak keluar berjalan sama ada Melaka ataupun PD. Sebab utama, dua tempat ni lah yang paling dekat dan senang nak pergi.

Lambakan pengunjung ke Port Dickson ini antara menjadi punca ekonomi dan meransang pertumbuhan sektor pelancongan dan makanan. Kalau anda dah ke PD dan tak tahu nak makan di mana, kami kongsikan top 5 tempat makan best di Port Dickson dan wajib anda cuba jika datang ke PD. Dari asam pedas, ikan bakar, gulai lemak hinggalah kari kepala ikan, semua ada!

 1. Ghodang Kopitiam – asam pedas dan masak lemak cili api Negeri Sembilan

Bagi mereka yang lebih gemarkan suasana kedai makan style kopitiam di PD, boleh cuba terjah ke Ghodang Kopitiam di Pantai Teluk Kemang.

Seperti di kebanyakan kopitiam lain, di sini juga tiada bezanya, menyediakan makanan sarapan pagi sehinggalah yang berat-berat seperti nasi lemak, ayam berempah, udang masak lemak cili api dan pelbagai goreng-gorengan. Antara menu popular di sini:

  • Pisang Cheese
  • Coconut Shake
  • burger bakar
  • asam pedas
  • lemak cili api
  • roti bakar telur

Kalau anda bercuti ke PD terutamanya di Pantai Chenang, mungkin Ghodang Kopitiam salah satu tempat makan yang strategik dan menarik untuk dicuba terutamanya makanan tradisi orang Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Cili Api dan Asam Pedas.

2. Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Untuk makan malam, anda boleh singgah di Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus. Terletak di satu lorong bersambung dengan jalan utama, tidak sukar untuk anda menemui tempat ini kerana ada papan tanda ke arah restoran di tepi jalan.

Masakan di sini disediakan daripada ikan dan hasil laut segar ala Melayu. Anda boleh pilih samada mahu makan ikan, lala, sotong, ketam mahupun udang.

Ketam masak 3 rasa, ikan masam manis, sotong bakar, sup ekor, daging lembu black pepper, sotong goreng tepung dan pari bakar yang dihidang bersama sos kicap cili api pastinya menggoda anda.

Restoran yang bersih, tempat meletak kereta yang luas dengan menu masakan laut melayu yang sedap sangat melayakkan Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus di tangga kedua dalam senarai kami.

Lokasi kedai makan di Teluk Kemang, Port Dickson.

3. Deen’s Kari Kepala Ikan

Kedai makan yang sangat popular di Port Dickson yang menyediakan menu makan tengahari dengan lauk kari kepala ikan. Lokasinya yang betul-betul di pekan Port Dickson boleh anda datang dengan mudah & hanya terletak di tepi jalan utama.


Kalau anda inginkan destinasi yang lebih santai macam warung dengan harga menu yang tidak seperti di hotel 5 bintang, bolehlah ke sini. Selain menu berat, di sini juga ada menyediakan makanan santai seperti roti canai samaada untuk makan petang atau sarapan pagi.

Alamat Kari Kepala Ikan DeenJln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Cowboy Place

Penggemar ayam dan daging seharusnya tidak melepaskan peluang untuk satang ke Cowboy Place. Anda pasti akan teruja dengan keenakan nasi kukus dengan ayam bakar yang dimasak dengan kayu arang namun masih juicy dan lembut digandingkan dengan sos istimewa yang lazat, pada harga hanya RM6 ke RM7 sahaja.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan standard Port Dickson. Kedai tema koboi berkonsepkan ruang terbuka dan jujurnya keadaan di sini agak panas. Tempat meletak kereta mencukupi namun jika anda datang pada waktu puncak seperti makan tengah hari, anda mungkin perlu beratur panjang.

Cowboy Place berada di alamat Lot 1360 6 Jalan Pantai.

5. King’s Char Kuey Teow

Menu yang paling famous di sini semestinya Char Kuey Teow istimewa yang dimasak bersama kerang dan udang segar. Rasanya boleh tahan sedap dihiasi cili hijau dengan harga yang RM7 sepinggan.

Selain char kuey teow, menu lain yang disediakan termasuklah kambing, ayam dan ikan bakar.

Anda boleh memilih untuk makan di dalam atau di luar kedai. Tempat meletak kereta yang luas dan bilik air yang bersih membuatkan anda selesa di sini.

Alamat lokasi King’s CHAR KUEY TEOW di alamat Lot 402 4 Jalan Pantai.

Jika anda ada sebarang penambahan tempat makan best di Port Dickson, atau review berkenaan restoran yang dinyatakan, sila berikan komen anda di ruangan komen di bawah.