Pesawat Ringan Mendarat Cemas Atas Lebuh Raya PLUS di Kulai

Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini.

Memetik laporan dari Harian Metro, kejadian pendaratan pesawat mendarat cemas itu berlaku di Kulai, Johor.

Juruterbang dan penumpang pesawat selamat

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Menurut, Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

Pegawai trafik masih berada di lokasi

Jelas beliau lagi, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di ruangan Facebook oleh Info Roadblock JPJ/Polis, beberapa keping gambar turut dikongsikan mengenai kejadian tersebut.

Pesawat mendarat di lorong kecemasan

Pada 22Nov2020, lokasi Johor, makluman awal sebuah pesawat ringan mendarat kecemasan di lorong kecemasan KM47.9 Lebuhraya PLUS sebelum exit Sedenak arah selatan.