Pernah Diejek Bina Rumah Kelong, Hari Ini Pemilik Bangga Dapat Buktikan Kebolehan Hadap Banjir

Seperti yang kita tahu, segelintir kawasan di pantai timur dinaiki air banjir oleh kerana cuaca yang tidak menentu pada masa kini bahkan ada juga yang terkandas tidak dapat pulang ke ibu kota.
Iospital phone repair gombak
Di Kelantan, keadaan banjir semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pada Isnin.

Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang di tempatkan di 82 PPS seluruh negeri.

Ramai dikalangan penduduk yang berhempas pulas menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting malah mengalihkan perabot elektrik seperti TV, peti sejuk dan mesin basuh ke tempat lebih tinggi.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan warga emas yang telah membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh dengan membina rumah kelong mencuri perhatian ramai.

Dikenali sebagai A. Bakar Che Ahmad, difahamkan rumah kelong ini dibina berjaya berfungsi seperti dimahukannya bila dilanda bah.

Terdahulu, dia sering menjadi mangsa kritikan netizen yang memandang rendah terhadap ketahanan dan kebolehan rumah tersebut.

Namun siapa sangka, lelaki berumur 67 tahun ini berjaya membuktikan rumah kelongnya masih utuh diikat pada tiang biarpun kampungnya dilanda banjir agak teruk.


Menurutnya, rumah kelong hadapi banjir ini diperbuat dari kayu dan disokong dengan 69 biji tong plastik. Ia juga diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan.

Menelan kos pembinaan kira-kira RM47,000, rumah ini mampu terapung setinggi 5 meter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pakcik ini walaupun dahulu pernah menjadi bahan ejekkan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang akui rumah sebegini boleh menjadi contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir.

Antara komen warga maya:

“Masa pakcik ni buat rumah dulu, ramai yang ejek kononnya rumah hanyut sampai ke thailand.. akhirnya pakcik berjaya buktikan yang pakcik bijak..”

“Idea pakcik ni salah satu jalan penyelesaian, jangan pandang remeh.”


“Usaha tak pernah khianati hasil.. rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir.. terbaik pakcik”


Video yang tular di laman TikTok:

@jimat_fishing2 Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai…😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya ♬ bunyi asal – tututututu – Katak gemoy