Connect with us

Viral

“Paling rare” Santai Buka Kedai Roti Canai Walaupun Air Dah Paras Betis Raih Perhatian Netizen

Menjelang sahaja musim tengkujuh, tentu kita akan mendengar berita tentang banjir yang melanda sekitar kawasan pantai timur.
Iospital phone repair gombak
Ramai diantara mangsa berhempas pulas menyelamatkan barang berharga dan dokumen penting agar tidak hanyut dibawa air dan bersiap sedia untuk pindah ke kawasan yang lebih selamat.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi situasi ketika kawasan perumahannya dilanda banjir mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, dia sempat membeli roti canai di sebuah kedai berhempiran rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @nurlyanaaaaa, dapat kita lihat kawasan mereka teruk dilanda banjir.

Namun, seorang pakcik sempat membuka dan menebar roti canai walaupun air sudah paras betis.


Malah, pelanggannya pula tenang makan dan minum di kedai itu sambil berborak.

“tenangg~ hahaha tetaplah beli roti canai walaupun dpn kedai dh paras lutut” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengatakan itu video paling rare sepanjang banjir kali ini.

“Kalau aku, tak buka kedai dah. Pak cik ni tenang betul. Customer pun nampak tenang. Banjir serupa angin lalu ja” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui, apa jua keadaan perut perlu diisi demi kesihatan dan kelangsungan hidup.

Antara komen warga maya:

“Real definisi roti kuah banjir”

“Abah2 memang relax je.. janji teh tarik n roti canai.. menyembang.. banjir tu macam tak wujud..”


“Banjir banjir jugak, perut kena kenyang”

“Dalam banyak2 video banjir, ni paling rare”

“Otai says.. this is nothing.. life goes on”

“Dia macam ni, kalau betul2 dah tak boleh buka baru tutup.. selai boleh kita on”

“Santai betu.. macam tak ada apa jadii”


Video yang tular di laman TikTok:

@nurlyanaaaaa tenangg~ hahaha tetaplah beli roti canai walaupun dpn kedai dh paras lutut 🥴 #banjir2022 ♬ original sound – zzack🍁

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)