Pergi Pasar Malam Lepas Majlis, Pasangan Ini Disambut Dengan Lagu Pengantin Baru

Perkahwinan dalam musim PKP memang tak mudah oleh kerana SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Untuk merasai majlis meriah seperti sebelum PKP juga amat sukar. Namun begitu, ia bukanlah penghalang untuk pasangan pengantin menghidupkan suasana ceria sebagai mempelai.

Sebelum ini tular di media sosial tentang trend najlis nikah secara atas talian,  tetapi lain pula dengan pasangan pengantin kali ini di mana pengantin lelaki bernama Amir Firdaus dan isterinya telah singgah ke pasar malam dengan busana serba putih selepas majlis pernikahan mereka.

Kehadiran pengantin tersebut telah mencuri perhatian ramai pengunjung pasar malam itu kerana tindakan untuk berkunjung ke pasar malam selepas bersanding jarang dilakukan oleh kebanyakan pengantin.

Namun lain pula dengan pasangan yang ini. Tanpa disangka-sangka, seorang penjual di situ telah memutarkan lagu kahwin untuk pasangan pengantin tersebut serta mengucapkan tahniah atas hari istimewa mereka berdua itu.

Tersipu malu jadinya si pasangan pengantin itu.

Video tular di laman Tiktok:

@amir_firdaus8terima kasih pada abng yang pasangkan lagu pengantin dan kompang ❤️♬ bunyi asal – are_mir99

Tinjauan di ruangan komen, ramai pengguna Tiktok bergurau mengatakan pasar malam tersebut automatik berubah menjadi kenduri kahwin apabila paluan kompang diputarkan ke udara.

“Mewah majlis dia.. siap booking pasar malam terus untuk para tetamu.”

“Ini baru nama Raja Sehari. Turun padang lawat rakyat jelata.”


“Auto jadi kenduri kat situ.”

Video berdurasi 38 saat itu telah mencecah 530 ribu tontonan dan menerima hampir 100 ribu likes buat masa ini.