Peniaga Takoyaki Raih Simpati Ramai, Masih Gigih Bekerja Walaupun Ribut Sampai Terbalik Meja

Bagi peniaga-peniaga kecilan di tepi jalan, cuaca hujan semestinya bukanlah sesuatu yang digemari mahupun dinanti-nantikan oleh mereka. Lagi-lagi sekarang sudah hampir musim tengkujuh. Makin banyaklah gerai ‘terbang’ akibat angin kuat dan ribut.

Iospital phone repair gombak

Disebabkan hujan, bukan gerai sahaja yang boleh musnah, malah makanan yang disediakan juga ikut rosak jika terkena air hujan yang banyak. Selain itu, pelanggan yang datang turut berkurangan.

Seperti satu video yang tular bar-baru ini di mana seorang pengguna TikTok yang juga peniaga Takoyaki berkongsi bagaimana keadaan yang terpaksa dihadapi oleh para peniaga jalanan ketika hujan lebat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aiyman Amirul, gerainya ditiup angin ribut sehingga habis semua makanannya terjatuh dari atas meja dan bersepah di atas jalan tar.

Dia kemudian terpaksa menutup gerai dan dilihat bergegas menyimpan segala kelengkapan gerai ke dalam van agar tidak rosak. Selain itu, dia juga mengutip semula makanan yang bertaburan di atas jalan ke dalam plastik sampah untuk dibuang.

“Saya baru opening vendor makanan di Kulim. Makanan viral, handbag, bouquet dan kosmetik. Terima kasih datang. Lokasi di Taman Sang Kancil Lunas, Kulim Kedah,” kata Aiyman di ruangan komen.

Walaupun video berdurasi 14 saat ini baru dimuat naik semalam, ia tular dan berjaya mencecah sehingga 1.2 juta tontonan serta mengumpul bilangan tanda suka sebanyak 69.2 ribu!

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat keadaan pemuda itu yang gigih mencari rezeki walaupun keadaan hujan lebat. Malah netizen turut memberi kata-kata dorongan kepada Aiyman selain mendoakan pemuda itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“allahu.. x boleh la tengok.. moga Allah gantikan dengan rezeki yg lebih banyak..”


“kerja yang mulia bang..jangan putus asa kejayaan pasti menjelang..semoga dipermdahkan segala urusan kita semua.amin 🥰”

“hm susahnya nak mencari rezeki, moga abang dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. 😊😊😊😊”

“Allahurabbi Dugaan Peniaga kecil 🥺semoga Di Limpahkan Rezeki Sentiasa, insha’Allah Aamin 🤲🥺”

Video yang tular di laman TikTok

@aiymanamirul._♬ original sound – bigboss