Pengurus Man U Tinggal Di Hotel 5 Bintang Selama 895 Hari, Ini Harga Suite Beliau Untuk 1 Malam

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah dipecat daripada kelab itu selepas mengendali pasukan tersebut selama dua tahun setengah.

Manchester United dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang ‘caretaker’ akan dilantik sehingga akhir musim ini, sementara kelab menjalankan proses pencarian menyeluruh untuk pengurus baru bagi Manchester United.

Jose Mourinho dijangka akan meninggalkan bilik hotel mewahnya yang didiami sejak berada di Manchester United.

Foto: Lowry Hotel

Jose dan keluarganya tidak membeli rumah walaupun ditawarkan kontrak yang panjang di Manchester United.

Pengurus dari Portugis itu telah menetap selama 895 hari di Hotel Lowry yang dijadikan kediaman rasminya sejak 6 Julai 2016.

Walaupun sebelum ini Mourinho diberi kontrak panjang dan beliau lebih daripada mampu untuk membeli rumah sendiri, Mourinho memilih untuk tinggal di sebuah suite mewah yang mempunyai enam bilik di hotel Lowry.

Selepas tewas 3-1 kepada Liverpool, Mourinho dipecat sekaligus menjadi perlawanan terakhirnya musim ini.

Mourinho dan keluarganya menetap di Bilik Riverside Suite yang berstatus lima bintang di Hotel Lowry.

Harga bilik itu dianggarkan (berdasarkan harga atas talian) bernilai 600 pound (RM3,184) untuk satu malam.

Foto Hotel Lowry

Ini bermakna Mourinho telah membayar sekitar 537,000 pound (RM2.8 juta) sejak beliau berada di Manchester United.

Mourinho dan keluarganya tinggal di bandar raya itu termasuk anak perempuannya, Matilda yang merupakan graduan dari Universiti London.

Matilda mengambil jurusan seni manakala anak lelakinya, Jose Mourinho Junior pernah bermain untuk pasukan Fulham.

Mourinho sepatutnya berkhidmat sehingga tahun 2020 di Old Trafford jika mengikut kontrak, namun berakhir lebih awal akibat dikatakan punca kepada tahap permainan Manchester United yang merosot musim ini.

Manchester United berada di tangga keenam Liga Perdana English dengan 26 mata daripada 17 perlawanan di bawah seliaan Mourinho.

Sumber Rujukan: Dailymail.co.uk