Pekerja Islam di Amazon Berdemo Minta Masa Bersolat Lebih Lama

Amazon merupakan satu syarikat yang mempunyai kedai atas talian yang menjual pelbagai jenis barangan seperti buku, filem, permainan, DVD , CD muzik, perisian komputer dan barangan lain.

Amazon.com merupakan stor atas talian terbesar buat masa ini. Jeff Bezos mengasaskan Amazon.com Inc. pada tahun 1994 dan melancarkan secara atas talian pada tahun 1995.

Ibu pejabat Amazon adalah di Seattle, Amerika Syarikat. Sehingga hari inni, Amazon mempunyai seramai 610,000 pekerja di seluruh dunia.

Di dalam jumlah yang besar itu, terdapat sebahagian yang berasal dari negara Afrika dan beragama Islam.

Tebaru, pekerja gudang Amazon yang beragama telah Islam membuat demo aman di Minneapolis, Amerika Syarikat.

Mereka meminta masa rehat yang lebih lama di dalam setiap syif untuk membolehkan mereka melaksanakan ibadah solat.

Untuk rekod, Amazon memperuntukkan seorang pekerja diberikan dua waktu rehat selama 15 minit dan satu waktu rehat selama 30 minit untuk syif selama 12 jam.

Tetapi bagi mereka yang beragama islam, waktu rehat yang diberikan ini tidak mencukupi untuk menunaikan solat.

Rentetan daripada itu, pihak Amazon telah mengeluarkan satu kenyataan untuk berbincang dengan wakil pekerja Islam dan mendengar keluhan mereka sebelum satu keputusan dibuat.

Dalam pada itu, pekerja di gudang Amazon sebenarnya sudah lama meminta Jeff Bezos supaya mendengar keluhan mereka berkaitan dengan bebanan kerja.

Kuota yang perlu mereka patuhi ialah membungkus di antara 240-400 kotak setiap jam dan ini bermakna mereka perlu membungkus satu kotak setiap 10-15 saat.

Risiko dibuang kerja terpaksa dihadapi oleh pekerja yang tidak memenuhi kuota tersebut. Menurut sumber, terdapat laporan pekerja terpaksa membuang air kecil di tempat pembungkusan kerana terlalu risau dibuang kerja kerana takut terlambat jika pergi ke tandas.

Sebelu ini, demo juga dilakukan di beberapa gudang lain Amazon seperti di Minnesota yang bertujuan meminta pemiliknya, Jeff Bezos untuk meringankan bebanan kerja.

Mereka mendakwa dilayan pekerja seperti robot sehingga ada yang menghadapi masalah mental dan kecederaan di tempat kerja.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: DailyMailVox[/su_note]