‘Penghalang’ Kaabah Kini Dibuka, Al-Sudais Ucap Terima Kasih Kepada Kepimpinan Arab Saudi

Ibadah haji dan umrah merupakah ibadah suci yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di segenap pelusuk dunia. Alangkah indahnya jika dapat menyentuh Kaabah sambil berdoa.

Memetik laporan Siakap Keli, Arab Saudi mengambil keputusan untuk menanggalkan sekatan yang dipasang di sekitar Kaabah akibat dilanda wabak COV19 dua tahun yang lalu.

Sekatan itu ditanggalkan agar para jemaah dapat menyentuh kiblat umat Islam yang suci itu ketika bersolat.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik Hayana Darliz, kelihatan para pekerja dalam proses membuka penghalang tersebut bagi mengizinkan kembali jemaah-jemaah menyentuh rumah Allah itu.

Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengumumkan keputusan itu pada 2 Ogos 2022.

Berdasarkan Arab News, sekatan itu dahulunya dipasang untuk memastikan penjarakkan sosial antara jemaah haji.

Di samping itu, kawasan di sekitar Kaabah yang merupakan tempat ibadah tawaf tujuh kali dibuat oleh para jemaah juga ditutup pada Mac 2020 atas sebab untuk pensterilan sebagai salah satu usaha untuk menangani wabak COV19 di kota suci Mekah.

Al-Sudais, yang juga merupakan salah satu imam Masjidil Haram di Mekah, keputusan yang dibuat ini menunjukkan bahawa kepimpinan Saudi memaparkan keprihatinan mereka terhadap jemaah dan pengunjung di Masjidil Haram.

Ibadah para jemaah juga dapat dijamin agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan harmoni, walaupun jumlah pengunjung semakin ramai sejak masjid dibuka semula.

Tambahnya lagi, semua perkhidmatan yang diperlukan akan disediakan apabila presiden sedang berusaha bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram.

Al-Sudais mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, atas sebab mengambil berat dan menitikberatkan soal Dua Masjid Suci ini.

Beliau turut berdoa kepada Allah s.w.t agar mereka dirahmati atas kebaikan yang telah dibuat oleh mereka.

Presiden Besar Hal Ehwal Dua Masjid Suci menyatakan bahawa penyediaan perkhidmatan awal selaras dengan rancangan pengurusan orang ramai telah disediakan.

Selain itu, mereka juga telah mempersiapkan ruang halaman di Masjidil Haram untuk memudahkan para jemaah untuk memunaikan ibadah mereka.

 

Video pembukaan penghalang Kaabah: