Pengeluaran Khas KWSP Akan Sebabkan Bank Susah Nak Bagi Loan, Betul Ke? Ini Jawapan Pakar

Pada 16 Mac yang lalu, kerajaan bersetuju membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Setelah sekian lama menanti bagai sebuah misteri, akhirnya pengeluaran khas sehingga RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan kepada pencarum.

Pengumuman itu menarik nafas lega buat rakyat Malaysia terutama mereka yang masih terkesan dengan pandemik, termasuk musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Namun, timbul pula khabar yang kurang enak didengar apabila ada seorang pengguna Twitter yang mendakwa pengeluaran khas dari simpanan KWSP ini boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada pencarum.

“FYI, kalau korang keluarkan duit dari KWSP, bank akan cop korang as financially unstable, walaupun korang keluarkan duit itu saja-saja untuk shopping dan tak ada masalah kewangan pun sebenarnya. Dan bank susah nak bagi loan dekat orang yang ada masalah kewangan,” jelas beliau dengan penuh yakin.

Pengguna Twitter itu bagaimanapun telah memadamkan tweet tersebut selepas berlaku kecaman daripada warga Twitter yang lain menafikan dakwannya.

Menurut Majoriti, mereka telah mendapatkan kepastian mengenai hal ini dengan menghubungi Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob.

Menurutnya, maklumat itu yang tular itu tidak tepat kerana institusi kewangan di Malaysia mengamalkan polisi rating kredit kepada para peminjam.

“Institusi kewangan mendapatkan rating kredit seseorang individu menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) dan CTOS.

“Mereka akan meneliti maklumat daripada sistem tersebut, termasuklah sekiranya anda ada buat pinjaman di tempat lain atau diisytiharkan bankrap. Kalau rating kredit anda rendah, susah hendak buat pinjaman.

“Bank tidak akan tahu anda mengeluarkan caruman KWSP atau tidak. Apabila anda membuat pinjaman bank, baru bank boleh mengesan rating kredit anda.

“Malahan tiada polisi bank di negara ini melihat pengeluaran KWSP sebagai petunjuk anda tidak layak membuat pinjaman,” jelas Dr Abu Sofian kepada Majoriti.

Tambahannya, beliau melantaskan mungkin individu tersebut kurang mengerti tentang cara sebenar pinjaman bank diluluskan.

Sumber: Majoriti