Marshall Tersalah Jalan, Geng Lumba Basikal Terpaksa Patah Balik Buat Netizen Terhibur

Mesti ramai yang sudah biasa melihat perlumbaan basikal yang selalunya mempunyai pengiring di jalan raya untuk tujuan keselamatan.

Selain itu, pengiring atau marshall juga akan menjadi penunjuk arah bagi para peserta ini untuk melalui jalan yang betul.

Baru-baru ini, lain pula yang berjaya dirakamkan lelaki ini apabila para pelumba basikal ini melalui jalan yang salah gara-gara kesilapan dari pihak marshall sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @muaz_jerr, kelihatan sekumpulan pelumba basikal tersalah jalan semasa perlumbaan itu berlangsung.

Difahamkan para pelumba basikal yang sedang berlumba di mana pengguna jalan raya di situ turut memberikan laluan kepada mereka.

Pada barisan hadapan sekali, kelihatan marshall yang menaiki motorsikal menjadi penunjuk arah bagi kumpulan itu.

Namun rupa-rupanya, pengiring itu telah melalui jalan yang salah dan hanya disedari selepas beberapa saat kemudian. Malah para peserta kemudian bergegas berpatah balik dan memasuki simpang yang betul selepas sedar apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut tertanya-tanya tentang nasib pengiring motor itu yang telah mencetuskan kekeliruan besar pada yang lain. Salah faham ini juga tentunya memberikan impak yang sangat besar kepada para peserta.

Video yang tular di laman TikTok: 

@muaz_jerrr Saloh jalan tu woii 😂 #fyp #partlast #cycling #ltdl ♬ Ringgit Berjuta – Spoon

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 94.8K tanda suka, 887 komen dan 590 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan rakaman video tersebut dan berseloroh mungkin juga pengiring motor itu sedang melakukan tugas lain dan tidak sedar dia diekori oleh kumpulan peserta itu.

Bukan itu sahaja para netizen juga turut terhibur dengan salah seorang pelumba basikal yang terjatuh ketika membuat pusingan ke jalan yang betul.

Antara komen warga netizen:


 

Sumber: TikTok @muaz_jerr