“Pengajarannya bertudung muka alim-alim kesian nampak macam daif ni bahaya.” – Ali Puteh

Kejadian yang menyayat hati melibatkan seorang gadis Siti Nur Surya Ismail, 19, telah menarik perhatian ramai termasuklah selebriti.

Menerusi laporan Gempak, Ali telah berkongsi satu muatnaik di laman Instagram dan meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang mendukacita itu.

Di dalam perkongsian itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut bersedih dan simpati dengan dugaan yang menimpa keluarga mangsa dengan keadaan ibunya yang terlantar sakit.

“Bertudung itu dah betul dah. Tapi kerana tamak kan duit sanggup memmbunuh kawan baik sendiri kerana duit?

“Allahu kesian mak dia sakit terlantar. Kesian ayah dia kesian keluarga dia. Pengajaran yang kita dapat bertudung muka alim-alim kesian nampak macam daif ni bahaya.

“Sebab mereka tak tunjuk depan-depan. Mereka buat jahat dalam diam. Kerana duit dan tamak! Bunuhkawan baik.

“Bahaya betul kalau buat muka kesian konon-konon baik ni. Semoga ke muka pengadilan kamu.

“Hati-hati guys. Bising tak semesti jahat, diam tak semesti baik. Ish bahaya ni,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, hasil pemerhatian difahamkan perkongsian itu telah dipadam.

Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumurandarah dan pergelangan tangan putuss ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Jenazah Siti Nur Suria yang selesai dibedah siasat dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong pada pukul 6.30 petang dan kemudiannya dibawa ke Masjid Beladau Selat untuk disembahyangkan.

Jenazah Siti Nur Suria Ismail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini selepas solat Isyak malam kelmarin.