“Jangan senyum-senyum tengok laki saya,” Mimi Lana Diberi Amaran di Kedai Mamak

Pelakon yang sedang meningkat naik, Mimi Lana kini popular dengan drama terbaru Hati Yang Tersakiti, kerap memuat naik foto terbaharu dan berkongsi aktiviti rutin hariannya.

Malah, Mimi antara selebriti yang aktif mempromosi drama yang dilakonkannya di laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

Happy watching #hatiyangtersakiti 🤍

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Terbaru, Mimi Lana telah memuat naik sebuah video dan memberitahu bagaimana dia dihampiri seorang wanita yang datang memberi ‘amaran’ keapdanya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Mimi menceritakan apa yang terjadi kepadanya semasa makan di kedai mamak.

“Tadi pergi makan dekat kedai mamak , ada sorang makcik ni dengan suami dia duduk Selang semeja dengan saya , dia senyum …

“Saya senyum balik dekat dia . Dia nak balik dia datang dekat saya cakap jangan senyum senyum tengok suami dia,

“Cukup cukup la tengok laki mona tu . Hahahahahaha . Omg ! I tak tahu nak bagi reaction apa dekat dia tadi,”

Menurut Mimi, semasa pergi ke kedai mamak untuk makan, terdapat seorang wanita yang duduk berhampirannya bersama dengan suami wanita berkenaan.

Wanita tersebut pada mulanya memberikan senyuman kepadanya dan menjadi seorang selebriti yang peramah, Mimi turut melebarkan senyuman kembali kepadanya.

Namun sebelum wanita tersebut pulang dan meninggalkan kedai berkenaan, beliau sempat memberikan pesanan buat pelakon cantik itu.

“Jangan senyum senyum tengok suami saya, cukup cukup la tengok laki mona tu.”

Terkedu pelakon berkenaan mendengar teguran wanita terbabit, namun Mimi manganggap ianya hanya gurauan daripada seorang peminat yang menonton drama Hati Yang Tersakiti.

Rata-rata para pengikut Mimi turut terhibur dengan cerita Mimi, malah ramai yang menyampaikan rasa meluat dengan watak Farah di dalam drama tersebut.