Pencuri Tak Sedar Muka Dirakam Ketika Sakan Mencuri Phone, Dah Padam Tapi Tetap Kantoi!

Bahaya sememangnya ada dimana-mana sahaja malah pencuri ni memang pantang nampak peluang depan mata. Selagi ada peluang, selagi tu nak mencuri. Jadi kita perlu ‘extra’ berhati-hati jika berada di tempat awam.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wajah suspek yang mencuri telefon bimbit milik seorang gadis dapat dirakam secara tidak sengaja mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, pada awalnya datang seorang lelaki bertindak merampas dan melarikan telefon bimbit gadis berkenaan yang dilihat sedang membuat rakaman bersama dua rakannya dengan meletakkan peranti itu di hadapan mereka dalam kejadian di Gua Kerbau, Kedah.

“Hari Isnin jam 6.15 petang, kami tengah buat video tapi tiba-tiba lelaki ini datang dan ambil telefon kemudian terus lari. Kami sudah cuba kejar tapi tak dapat.”

“Lepas tu ada orang tolong carikan lelaki tu tapi tak jumpa jadi kami disuruh buat laporan polis. Kami pun pergi buat report polis selepas pergi ke balai. Polis-polis di sana minta kami buat aduan dekat IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kubang Pasu. Jadi kami pergi selepas Maghrib.”

“Setelah selesai buat laporan, polis beritahu nanti kalau ada apa-apa mereka akan hubungi. Sampailah hari Khamis tu tiba-tiba saya terima satu panggilan dari seorang lelaki,” tulis wanita berkenaan pada video yang dikongsi.


Lelaki tersebut didakwa cuba mengugut dengan meminta wang sebagai ‘pertukaran’ untuk gadis itu mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Bagiamana pun wanita ini memaklumkan bahawa ianya sudahpun menjadi kes polis dan lelaki itu pun mengajak dia dan rakan-rakan untuk berjumpa di sebuah lokasi yang ditetapkan.

Tidak mahu bertindak sendirian, gadis itu dan rakan-rakannya memaklumkan kepada polis tentang lelaki yang menghubungi mereka.

“Dia beritahu terjumpa dan nak pulangkan telefon tu tapi kena berikan duit. Kami beritahu yang sekarang sudah jadi kes polis jadi dia pun terus bagi lokasi untuk berjumpa dan ambil telefon.”

“Kami terus beritahu pihak polis fasal orang yang call dan polis cakap mereka akan ikut ke lokasi nak berjumpa. Jadi kami pun pergi ke lokasi bersama polis. Bila soal-soal sikit, polis bawa suspek yang hubungi saya tu ke balai,” ujarnya.

“Akhirnya dapat balik telefon tu. Malangnya dia padam semua gambar dan video dalam galeri. Tapi dia tak padam dalam folder ‘recently deleted’ jadi kami dapat tengok semulalah video dan gambar yang ada sebelum ni. Jadi kami bolehlah post video ni,” katanya berseloroh.

“Jadi marilah kita berlari dan bersembunyi bersama abang ini ya semua. Hati-hati semua kalau nak buat video atau ambil gambar,” seloroh gadis ini lagi.

Video yang tular di applikasi TikTok:

@anahanaaaa_

part 2📝 gunakan kesabaran ketika membaca ya guwais guwais😬🌚

♬ original sound – ✨h✨