Penampakan Sosok Putih Di Pembahagi Lebuh Raya Buat Netizen Seram

Sememangnya makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk, ada yang menjelma sebagai satu sosok yang sangat menyeramkan bahkan ada juga yang menjelma dalam satu sosok yang sempurna seakan manusia.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna lebuh raya, Awisqarni Zulkiflee berkongsi satu rakaman video ketika dia memandu dari Exit Pedas Linggi ke arah Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam dua hari lalu telah mengundang tanda tanya netizen.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat satu susuk putih berada di pembahagi lebuh raya dalam suasana persekitaran yang sangat gelap.


“Tak pasti apa yang bertenggek dekat tepi itu. Tapi memang nampak jelas dengan mata kepala sendiri,” kata Awisqarni dalam hantaran itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan penampakkan tersebut malah ada juga yang mengatakan ianya cumalah seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya merakam ‘speedtrap‘ di kawasan berkenaan namun ada yang tidak bersetuju kerana tidak mungkin anggota polis akan duduk di dalam tempat yang gelap gelita.

Pun begitu, ada juga yang menyifatkan tempat itu sememangnya ‘keras’ dan tidak mustahil sosok tersebut merupakan sosok makhluk halus.

Antara komen warga maya:

“Kawasan ni memang keras.. kadang ada bau hanyir.. kawasan bas express excident mangsa ramai”

“Pedas linggi arah utara atau selatan memang paling banyak kes kemalangan dan gangguan..”


“Haritu bawa kereta dari KL balik Muar.. dekat situlah kereta berat walhal tekan dah minyak.. depan belakang memang kosong takde orang..”

‘Arwah adik eksiden sini.. meninggal di Hospital hari sama..”

“Macam khidmat fotografi lebuhraya khas sempena Aidiladha je..”

“Speed trap.. standby 300”

“Sekarang polis dah nijak.. aku dapat surat cinta pandu laju malam2..tiba2 ada roblok atas highwat kena sama bawa laju..”

Video yang tular di laman Facebook: