“Pembuli jalan raya” Niat Nak Selamatkan Kucing, Lelaki Hampir Dirempuh Pemandu Bezza Buat Netizen Berang!

Tidak kiralah agama apa sekalipun, pastinya kita diajar untuk berbuat baik sesama binatang seperti tidak menganiaya haiwan, memberi makan dan merawat.
Iospital phone repair gombak
Jika ternampak kucing di tengah jalan, tentu ada yang akan membantu mengalihkannya agar tidak dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ingin membantu seekor kucing yang berada di tengah jalan namun lain pula jadinya!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Mohdhamka, dapat kita lihat dia memberhentikan kenderaannya dengan memasang lampu kecemasan sebelum turun mengambil kucing itu.

Tapi siapa sangka, dia nyaris dilanggar oleh sebuah kenderaan yang seolah-olah tidak mempunyai sifat sabar dalam diri.


Kereta perodua Bezza yang berada di belakangnya memecut dengan laju dan memotong dari arah kiri dan hampir melanggar dirinya dan kucing tersebut. Mujurlah dia dan kucing sempat mengelak.

Lebih mengecewakan adalah, pemandu tersebut seakan tidak merasa bersalah bahkan sempat memarahi lelaki itu.

Situasi tersebut tidak terhenti disitu, apabila kedua-duanya memulakan perjalanan seperti biasa, Pemandu Bezza tersebut yang berada di depan lelaki ini menekan pedal brek berkali-kali untuk menakutkan mangsa.

Masih tidak puas hati, dia juga sempat menghimpit kereta lelaki ini sehingga sebelah lagi tayar berada di atas rumput.


“Aku memang tak suka bergaduh lagi pulak sama islam..takpela bro negara ada undang2 ingat tu !!” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pemandu perodua Bezza itu yang dilihat mementingkan diri sendiri dan menjadi pembuli jalan raya.

Bukan itu sahaja, Netizen juga berharap agar pemandu tersebut dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa kerana tindakannya yang sengaja membahayakan nyawa orang lain.

Antara komen warga maya:

“Lesen terbang kaa macam mana dia tu.. nak potong pon potong kanan laa.. tak pernah dibuat orang potong kiri”

“Tak ada sifat sabar tu.. belum bertemu buku dan ruas..”

“Mana ada orang potong belah kiri”

“Tolong lah saman, gantung lesen dan jumpa pakcik tu minta maaf”

“Nasib tak kena gilis meow tu.. jumpa roadbully ni boleh buat trauma dan panik..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mohdhamka__ Aku memang tak suka bergaduh lagi pulak sama islam ☺️ takpela bro negara ada undang2 ingat tu !!! #kucing #oyen #dashcam #vira #melakahawau #pdrm #polis ♬ original sound – Mohd Hamka