“Pembukaan 2021 yang manis,” Nad Zainal Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal telah dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight.

Jelas Nad, dia sangat terharu dengan pengiktirafan tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.

BACA: [VIDEO] Baru 4 Bulan Isteri ‘Pergi’, Suami Mengalir Air Mata Diminta Kemas Rumah Sewa

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nad meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang diterimanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

“Alhamdulillah 100 Most Influential Young Entreprenuers 2020 category ART & CULTURE.

“Saya sangat-sangat terharu dan pembukaan 2021 ini banyak memberi pengalaman indah,” tulisnya.

Pada masa sama, ibu kepada seorang anak itu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seni dan perniagaannya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

“Terima Kasih keluarga tercinta,para guru, sahabat dan peminat yang mendukung kerja seni dan perniagaan saya,” katanya lagi.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mentipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Nad akan terus sukses pada masa akan datang.

Terdahulu, Nad Zainal yang kini terkenal dengan siri drama yang baru sahaja melabuhkan tirai, Takdir Yang Tertulis memberitahu bahawa dia bukanlah pilihan pertama pengarah drama, Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin untuk memegang watak utama Juweta.

Perkara sama turut berlaku untuk satu lagi watak utama iaitu rakan baik Juweta, Ruhila yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad.

Kongsi Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, dia mendapat tahu bahawa pelakon Mimi Lana sebenarnya merupakan pelakon asal untuk watak berkenaan.

Namun begitu, Mimi terpaksa menolak tawaran berkenaan pada saat akhir sebelum watak tersebut kemudian diberikan kepadanya.

“Kalau siapa tengok Instagram Abang Ejad (Shahrulezad), memang dia ada beritahu siapa yang sebenarnya bawakan watak itu.

“Memang Mimi patutnya masuk set tetapi pada saat akhir dia tarik diri. Kelakar juga sebenarnya sebab Mimi ada cerita kepada saya tentang drama ini, alih-alih saya yang ambil watak dia. Itulah dinamakan kalau dah rezeki,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Tambahnya lagi, dia banyak kali berfikir sebelum menerima tawaran berkenaan kerana watak Juweta sama dengan watak Mona yang dibawakannya dalam drama Hati Yang Tersakiti.

“Sebenarnya saya berdebar juga jadi pilihan terakhir. Sebab pengarah mesti dah ada bayangan macam mana watak ini mahu dibawa oleh pilihan asal.

“Lagipun watak ini sama sahaja dengan Mona dalam Hati Yang Tersakiti. Jadi saya tidak mahu ada pengulangan watak,” katanya.

Dedah Nad lagi, sebenarnya dia merupakan pilihan pertama rumah produksi Radius One Sdn. Bhd. untuk membawa watak Juita dalam drama fenomena, Nur 2.

Bagaimanapun, atas alasan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa melepaskan tawaran tersebut sebelum diberikan kepada pelakon Azar Azmi.

“Awal-awal dahulu, mereka suka keserasian saya dengan Syafiq Kyle dalam telemovie Syirik. Jadi mereka lamar saya untuk watak itu.

“Akhirnya tak jadi. Tapi percaturan Allah itu cantik. Tak jadi Juita (Nur 2), jadi yang ini. Kalau sudah diberi rezeki, buat sahaja sehabis baik. Tidak kisahlah pilihan pertama ataupun bukan.

“Jangan rasa tersinggung atau terguris. Itu rezeki namanya. Saya sendiri pun pernah disingkir daripada membintangi sebuah filem. Apa yang saya belajar, sentiasa sabar dan yakin walaupun perit,” ujarnya.

Drama Takdir Yang Tertulis ini telah bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 membariskan barisan pelakon popular seperti Nazim Othman, Didie Alias, Alvin Chong dan Iman Suhana.