Semalam tular satu video menunjukkan sebuah kereta Suzuki Swift dipandu laju di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan kemalangan teruk.

Akibatnya, seorang pemandu tersebut yang berusia 30 tahun maut selepas merempuh tiga kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, kejadian yang berlaku pada jam 2.50 petang Khamis, 1 April 2021, mangsa yang memandu kereta Suzuki Swift dipercayai hilang kawalan lalu merempuah dua kereta dan motosikal yang berhenti di lampu isyarat.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), malangnya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.


Malah tiga lagi mangsa yang lain membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 51 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.53 petang.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikerahkan ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Sebaik saja dikeluarkan, mangsa terus diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Video dan gambar kejadian itu turut viral di media sosial. Berdasarkan video berdurasi 11 saat itu menunjukkan kereta Suzuki Swift merempuh kereta Perodua Myvi, Toyota Vios dan motosikal dengan kelajuan tinggi.

AA Anbalagan berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun tampil seorang wanita bernama Izzati Nasharina mendakwa, sebelum kemalangan itu berlaku, mangsa katanya telah memukul adiknya dengan teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan kini berada di zon kritikal.

“Sebelum terjadi kemalangan ini, mangsa telah memukul adik saya. Sekarang adik saya berada di wad kritikal. Mungkin dia cuba nak melarikan diri.

“Tak tahu apa motif dia buat macam tu. Tu kot bawa kereta lajut sangat sampai langgar orang merata dan mati di tempat kejadian.

“Kenapa adik saya jadi mangsa pukul dia? Dia waras tak? Family dia mana? Panjang sangat cerita. Kami pun tak tahu nak cerita macam mana. Semoga adik aku selamat, minta doa banyak-banyak,” tulisnya.

Malah seorang lagi kakak kepada Hakim turut berkongsi berkenaan perkara tersebut.

“Be strong Iznur Hakim Mohd Nor. Semoga cepat baik. Awat dia pukul hakim time hakim tidoq hummmmm padahal x kenai ponnnn.

“Kesian hakim baru nak tidoq pas balik sekolah. Terima kasih semua yang doakan adik wani. Depa kata dia ada masalah mental.

“Hakim kena pukul dengan helmet dekat bahagian muka. Memang teruk kena bengkak semua.

“Dah pukul orang xdak sebab pastu lari langgar habis semua orang. Sedihhhhh. Terima kasih sangat2 atas doa dari hampa semua.”

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar adik mereka segera sembuh.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.