Pemandu Jengkaut Hampir Kehilangan Nyawa, Tanah Runtuh ‘Serang’ Kawasan Lombong Bijih Timah

Kejadian tanah runtuh ini ialah suatu kejadian fenomena alam semula jadi serta akibat daripada kegiatan manusia di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Kesan tanah runtuh ini amat bahaya sehingga boleh merosakkan harta benda malah mampu meragut nyawa seseorang.

Menerusi laporan Sinar Harian, seorang lelaki hampir maut apabila jengkaut yang dipandu olehnya tertimbus disebabkan tanah runtuh yang berlaku di Kuala Langat, Selangor pada Isnin lalu.

Difahamkan, tanah runtuh itu berlaku di kawasan lombong bijih timah di Labohan Dagang, Banting di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh menyatakan bahawa pasukan anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira pada jam 6:40 petang.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang.

“Kejadian bagaiamanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan,” kata beliau.

Tambah Ridhwan, siasatan yang dijalankan telah mendapati terdapat sebuah jengkaut tertimbus oleh runtuhan tanah itu.

“Bagaimanapun pemandu jengkaut tersebut sempat menyelamatkan diri.

“Usaha mengeluarkan jengkaut tersebut sedang giat dijalankan,” terangnya.

Menurut Ridhwan, pihaknya setakat ini belum menerima apa-apa laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu.

Menerusi video TikTok tular yang dimuat naik oleh @utusantvofficial pula, kelihatan runtuhan tanah itu berlaku dengan skala yang agak besar lalu menimpa lori dan bot kecil di lokasi terbabit.

Meninjau di ruangan komen, warga maya rata-rata mendoakan agar semuanya dipermudahkan urusan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berasa pelik kerana tidak ‘dengar’ apa-apa cerita pun berkenaan kejadian itu sedangkan mereka menetap di kawasan yang sama.

 

Antara komen netizen:

“Allahuakbar semoga dipermudahkan”

“semoga Selamat semuanya.”


“Aku ke je duduk labohan dagang tak tahu tempat ni?”

“aik org kampung sebelah pun xdgr apa apa cerita ni 😂”

 

Video TikTok yang tular:

@utusantvofficial Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, hanya sebuah jentera mesin pengorek tertimbus dalam kejadian tersebut. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #tanahruntuh ♬ original sound – UtusanTV