Isu mengenai Veveonah Mosibun yang menjawab peperiksaan di atas pokok sehingga tular sebelum ini masih hangat diperkatakan.

Menurut Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaannya bahawa Youtuber Veveonah Mosibin menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi videonya yang tular.

Jelas Abdul Rahim, dia serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ibu bapa Veveonah sudah tidak tinggal di kampung Sepatalang

Selain itu, menurut pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung -Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah- bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

“Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin [email protected] Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas”.

Veveonah sebenarnya tinggal di pekan Pitas

“Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang dia dakwa”

“Oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas,” katanya mengulangi bahawa Veveonah sengaja bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian dan publisiti .

Tanya dekan fakulti, pensyarah UMS

Tambah Abdul Rahim lagi, dirinya sendiri telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.

Abdul Rahim berkata pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Pihak Universiti benarkan pelajar tinggal di kampus 

Malah, pensyarah itu turut menyatakan kepada Abdul Rahim bahawa pihak Universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus sekiranya tiada jaringan Internet.

“Ada juga pelajar pilih untuk tinggal di kampus kerana jaringan kampung tidak kuat, putus-putus dan lain-lain”.

Kami nasihat pelajar untuk tinggal di kampus 

“Jadi kami nasihat mereka untuk tinggal di kampus atau tinggal di pejabat daerah berdekatan, sekolah atau ke kampung terdekat,” kata pensyarah itu kepada Abdul Rahim.

Seperti yang diketahui umum, nama Veveonah kembali menjadi hangat selepas isu dakwaannya itu pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Panjat pokok untuk duduki peperiksaan 

Difahamkan, Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan kenyataan timbalan menteri terbabit dan berkata dia sememangnya sedang menduduki peperiksaan ketika memanjat pokok berkenaan.

Zahidi kemudian menjadi kecaman orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas ketelanjurannya kerana mendapat maklumat yang ‘tidak tepat’ setelah mendakwa pelajar itu.

Bagaimanapun hari ini, Zahidi menjelaskan di Dewan Negara bahawa dia memperoleh maklumat itu dari Abdul Rahim.

Ada motif tertentu

Mengulas lanjut, setelah beberapa siasatan dilakukan, Abdul Rahim berkata dia curiga bahawa Veveonah mungkin mempunyai motif tertentu menerusi video tularnya.

“Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang dimuat naik di Youtube dan ditonton seluruh dunia”.

Ramai pelajar tinggal di kampus kerana masalah yang sama

“Telah dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luar bandar dari seluruh negara memilihnya”.

“Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan dimuat naik video sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas”.

Pelajar itu membahayakan diri

“Sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas. Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas”.

“Jika ia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.