Pekerja Restoran Bagi ‘Surat’ Pada Pelanggan, Reaksi Wanita Ini Ketika Baca Buat Ramai Tersentuh

Setiap orang memiliki cerita yang berbeza-beza dalam kehidupan namun ada diantara kita yang memilih untuk kekal tenang dan tersenyum serta menjalani hari-hari seperti biasa.
Iospital phone repair gombak
Sebab itu lah kita seringkali dipesan untuk berbuat baik antara satu sama lain kerana kita tidak tahu apa yang sesetengah manusia hadapi dalam kehidupan seharian.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pekerja kedai makan berkongsi sebuah rakaman yang nyata menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang melihat dan menontonnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kasircrisbar, seorang pekerja kedai makan menghantar makanan yang dipesan pelanggan dengan meletakkan ‘surat’ istimewa buat pelanggan terbabit.

“hai pejuang masa depan, tidak masalah seberapa lambat kamu berjalan. Asalkan kamu tidak berhenti. Semangat ya kak!”, tulisnya dalam surat tersebut.


Namun apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah pelanggan perempuan kelihatan menangis kerana mungkin terharu dan sebak dengan kata-kata yang menusuk jiwanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum berterima kasih kepada pekerja kedai makan terbabit kerana mereka percaya bahawa sekecil-kecil kebaikan adalah hal yang bermakna buat pelanggan.

“Ikut sebak. Mungkin kerana tidak terfikir ada yang memberi semangat saat sedang lagi down yang tak terlihat”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang beranggapan mungkin wanita tersebut sedang berada di fasa sukar dalam kehidupannya dan kebetulan mendapat nota seperti itu daripada pelayan restoren.

Antara komen warga maya:

“Dia sedih sebab ada orang ambil berat pasal dia”

“Tengok je dah mengalir air mata apa lagi kalau di tempat dia”


“Nangis sambil makan auto sebakkk”

“Bagi orang lain itu hanya rangkaian kata2 tapi bagi yang menerima itu adalah sebuah semangat yang luar biasa”

“Dengan kata-kata kita mampu membangun semangat orang”


Video yang tular di laman TikTok:

@kasircrisbar Tidak masalah seberapa lambat kamu, asal kamu tidak berhenti ❤️ #fyp #fypシ #kasircrisbar #crisbar #pejuangmasadepan #pejuangrupiah ♬ Runtuh – Feby Putri & Fiersa Besari