Gelagat Budak ‘Cuak’ Siap Baca Doa Panjang Ketika Jumpa Doktor Mencuit Hati Ramai

Anak-anak sememangnya mempunyai gelagat masing-masing malah adakalanya membuatkan kita gelak tidak kering gusi. Mudah kata, hilang penat seharian bekerja ibu bapa jika melihat aksi anak-anak yang terkadang tidak terfikir dek akal.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan budak kecil sangat takut apabila ingin berjumpa dengan doktor apatah lagi bila menunjukkan jarum. Ada juga yang sampai menangis memeluk erat tubuh ibu bapa ketika mahu dirawat.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu berkongsi telatah si anak ketika mahu berjumpa doktor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @teera.azhar, Dapat dilihat kanak-kanak tersebut menunduk mukanya ke arah bawah seolah-olah seperti membaca doa.

Aksinya itu ‘terkantoi’ dengan doktor berkenaan yang kemudian menegur kanak-kanak tersebut dan memberitahunya adakah dia sedang membaca doa kerana takut.

Gelagatnya yang hanya mampu tercegat ketika ditanya sambil memandang ke arah lantai nyata membuatkan doktor dan ibunya geli hati apatah lagi bila doktor tersebut juga sejenis yang ‘kaki sakat’. Lagi takut budak lelaki tersebut, lagi sakan doktor menyakat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah budak lelaki tersebut yang tak mampu berbuat apa-apa ketika sedang takut selain berdiri kaku sambil memandang ke bawah.

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat doktor yang rancak menyakat budak lelaki tersebut.

Antara komen warga maya:

“Dapat pula doctor kaki sakat juga.. tak leh nak buat apa dah..”

“Noah: kalau tak gerak, mesti doktor tak nampak”


“Dok buat kira-kira apa lah tu.. nak lari ke nak stay tak tau.. comel je…”

“Adik, citer sikit.. berjaya ke plan awak nih??”

“Panjang doa kau dik.. sorry la dik aunty tergelak la”


Video yang tular di laman TiKtok:

@teera.azharSempena birthday mommy esok, Noah telah dedicate video dengan our best pediatrician Dr. Izzu 😂 please watch until the end hahahahaha Noah : Dalam hati ni takut tau, doctor ni main2 plak 😂♬ original sound – teera.azhar