Connect with us

Viral

“Patutlah laju!” Pelajar Lumba Lari, Tapi Penghujungnya Buat Ramai Tak Sangka!


Bercerita tentang hari sukan, sudah pasti ramai dikalangan pelajar yang tidak melepaskan peluang bagi turut mengambil bahagian menyertai acara yang dianjurkan pihak sekolah dan yang paling famous adalah lumba lari.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan acara lumba lari di padang sekolah yang tular baru-baru ini dimana ada ‘pendorong’ yang menyebabkan dua orang pelajar ini berlari dengan laju.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @prembenedict, pada awalnya kelihatan mereka gigih berlari untuk melepasi garisan penamat.

Namun siapa sangka rupa-rupanya terdapat seekor anjing sedang berlari mengejar mereka. Patutlah bukan main laju lagi mereka lari! Entah dari mana agaknya anjing itu datang tiba-tiba turut serta acara lumba lari.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi tersebut malah ada yang berseloroh mengatakan pelajar perempuan itu perlu berterima kasih kepada anjing tersebut kerana membantunya untuk memenangi acara itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen yang lucu dan diantaranya ada yang mengatakan pelajar tersebut sehingga kini masih berlari walaupun sudah memenangi acara lumba lari itu.

Tidak cukup dengan itu ada juga netizen yang sakan mengusik para guru dengan mengatakan mungkin ini ‘trick’ cikgu rumah sukan dengan melepaskan anjing bagi melihat rumah sukannya menang.


Video tersebut kini telah pun meraih 1.1M tontonan, 110.9K tanda suka, 2913 komen dan 3428 perkongsian di applikasi TikTok.


Antara komen warga maya:
“Kena terima kasih kat anjing tu. See dah menang”

“While me, aku pernah lari sambil jerit ‘anjing anjing, belakang ada anjing’. Sebab nak laju dah semua ingat aku gila”


“Yang nombor satu menang sebab kena kejar anjing kan”

“Mana aci bawak pendamping”

Video yang tular di laman TikTok

@prembenedict Expect the unexpected.. #msss #sukan #malaysia #sabah ♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)