“Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya” Ini Penjelasan PU Azman Tentang Ebit Lew

Pelbagai isu yang timbul apabila pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew berkongsi kerja amalnya di sosial media bersama pengikutnya.

Oleh yang demikian, PU Azman telah tampil untuk memberikan pendapat beliau mengenai perkara tersebut.

Menerusi laman Instagram PU Azman atau lebih mesra di sapa Cik Man itu memohon agar netizen bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew.

Bersangka baik dan jauhi prasangka

PU Azman turut menjelaskan, apabila melihat seseorang memperlihatkan sedekah perkara utama yang harus dilakukan ialah bersangka baik dan jauhi prasangka.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai perbuatan berkongsi amalan baik adalah bertujuan mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

 

View this post on Instagram

 

Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah. . Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik. . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ. . Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12). . Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya. . Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu. . Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai. . Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq. . Cik Man-

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Pendirian pertama kita ialah bersangka baik

PU Azman turut menyeru agar orang ramai untuk sentiasa memandang sesuatu perkara itu dari sudut positif

“Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik”.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).

Mengulas lanjut isu tersebut, PU Azman turut berkata pasti setiap orang mempunyai alasan yang kukuh mengapa sesetengah orang memperlihatkan sedekahnya.

Didik masyarakat bersedekah dan membantu

“Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya”.

Beliau turut berkata, antara sebab kukuh adalah untuk membuka mata dan mendidik masyarakat

“Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu”.

Salurkan derma dengan jujur dan amanah

Disamping itu, ia adalah bertujuan untuk memberitahu penderma bahawa derma tersebut sudah disampaikan kepada penerima.

 

View this post on Instagram

 

Foto sebelum kawalan pergerakan. Ha kecam?,😂 . Rindu waktu bebas. Rindu Dungun.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

“Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai”.

Wakil ummah kembangkan empayar infaq

Oleh yang demikian, menurut beliau jika kita lihat mereka sering berkongsi amalan kebajikan kerana mereka adalah wakil yang dipilih.

Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq”.

Membantu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

Sebelum ini, tindakan Ebit Lew berkongsi amalan kebajikan yang dilakukan di laman sosialnya menjadi perbalahan di kalangan warga netizen.

Malah, ada yang turut mendakwa pendakwah tersebut bersifat beria, namun majoriti menyokong usahanya dalam menyantuni warga fakir.

Namun begitu, apa yang dilakukan oleh semua penderma termasuk Ustaz Ebit Lew perlu menjadi contoh dan menjadi inspirasi kepada semua.