Pasangan Selebriti Popular Dikompaun Langgar SOP Kedai Makan

Seperti yang diketahui umum, penularan pandemik Covid-19 di negara kita masih berada di tahap yang membimbangkan.

Orang ramai dinasihatkan mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kerajaan sebelum ini telah memberi kelonggaran SOP dengan membenarkan hanya dua individu sahaja makan bersama di satu meja.

Ada yang masih degil menikmati makanan melebihi dua orang

Namun begitu apa yang menyedihkan adalah kelonggaran yang diberikan itu dipandang remeh oleh orang ramai dan pemilik restoran.

Malah, menerusi pantauan masih ada individu yang melanggar SOP berkenaan dengan menikmati makanan di meja makan melebihi dua orang.

Menerusi laporan Kosmo, pasangan selebriti terkenal ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang kerana melanggar SOP di sebuah restoran di Lipis.

Selebriti langgar SOP

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan ke Kelantan dan singgah makan di sebuah restoran di Lipis sekitar jam 9.00 malam.

Pasangan selebriti yang dimaksudkan itu dipercayai pelawak terkenal, Shuib dan isteri penyanyi Siti Sarah.

Pasangan selebriti dan dua lagi individu dikompaun

Semasa kejadian pasangan ini turut bersama dua lagi individu dikompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar SOP.

Mereka telah dikompaun setelah kelihatan duduk di sebuah meja yang sama melebihi dua orang seperti mana diarahkan kerajaan.

Mereka dikompaun kerana tiada penjarakan fizikal 

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis iaitu Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor melaporkan pasangan berkenaan dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan dan duduk di meja makan yang sama melebihi syarat.

Selain itu, pemilik turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja.

Kompaun dikenakan itu adalah atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.