“Paru-paru sebelah kanan ada darah beku & kuman merebak,” Pesakit C0VID-19 Kongsi Pengalaman

Seperti yang diketahui umum, pandemik C0vid-19 mencatatkan angka jangkitan yang tinggi setiap hari.

Malah, menerusi perkongsian maklumat di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah kes baharu pada hari ini masih pada paras membimbangkan.

Wanita ini berkongsi pengalamannya menjadi salah seorang pesakit C0vid-19

Tanpa kita sedari, semakin ramai bekas pesakit yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan pandemik ini termasuk salah seorang wanita ini.

Menerusi laman Facebook Wan E’reen Wan Hassan berkongsi pengalamannya berjuang melawan C0vid-19 bermula dari simptom awal jangkitan, berjuang di hospital dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Suhu badan terlampau panas

“Assalamualaikum wbt. This is my c0vid-19 journey. On 24th December 2020, i got the first c0vid symptoms, demam”.

“Body temperature tkda la terlampau panas sgt, pling tinggi 38 mcm tu. I pergi klinik, amik ubat demam and standby ubat batuk terus, sebab masa tu dh mula rasa x sedap dada”.

Peluh keluar sejuk macam ais dan biji mata macam nak terkeluar

“3 days after, rasa mcm tekak tu a bit dry. X sakit tp dry. And start berpeluh, peluh tu keluar sejuk mcm ice”.

“Lepas tu rasa mcm pelik kenapa bdn dah tak panas, but biji mata ni rasa mcm nk terkeluar”.

Saya selesema dan hidung berdarah

“I still continue mkn ubat pergi kerja mcm biasa. Day by day i start sakit dkt blkg ni. Letak mcm2 nk bg lega. Sakit tu still menyucuk”.

“Then dah rasa sesak nafas teruk then lg teruk. On 30th, kebetulan mmg cuti, since rasa dh start selsema, nose dh bleeding”.

Call kkm dan kena tunggu que sebab ramai sangat

“I buat swab test dkt private, masa tu buat RTK je. 30mins waiting, the results positive. nak tahu apa jadi on 31st December 2020”.

“Call kkm petaling, dorang ckp tunggu que sbb rmai sgt. Dorang smpai ckp Klau teruk, dorg suruh i call ambulance je”.

Saya sesak nafas sampai ambulans datang ambil

“I dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada i kuat2 sementara oxygen tu nk sambung”.

“2nd test, pcr dkt hospital still positive, i dah mkin teruk. Dehydrated cuz dh byk hari takda selera mkn, hilang deria rasa n bau”.

Periksa jantung semua dan bacaan dah tak cantik

“Lepas tu check jantung i smua, reading smua dah tak cantik. Then, amik darah dkt nadi, dkt nadi guys! Sakit! Doctor nk check oxygen dlm darah i ckup ke tak”.

“Yes memang i makin teruk dan doctor terus increase kan bantuan oxygen dekat i lagi tinggi”.

5 hari kritikal dan doktor masukkan dalam senarai untuk ke icu

“Sampai dekat hospital, 5days i dekat ward kritikal, they monitoring me, sehari kena amik darah 4-5x”.

“Doctor ckp i dah masuk kn u dlm list utk msuk kn d icu, if the oxygen x bleh nk bntu, kami terpaksa guna kn alat bntuan pernafasan”.

Masa itu hanya ingat anak sahaja dalam kepala

“Masa tu ingat anak je. Serious ank kt kepala! Gagahkn diri bgun pergi toilet wlupun masa tu doctor nk msuk kn tube kencing”.

“My blood pressure 78/50 oxygen dlm 80 lbih. Tengok org meninggal dpn mata, mayat trus msuk dlm guni berzip colour hijau”.

Dekat icu semua dah bergantung pada alat pernafasan

“Those yg kluar icu, dorang akn d pantau dkt ward kritikal. Bila dorg buka oxygen, serious mengelupur”.

“Sbb dkt icu dh bergantung dgn alat bantuan penafasan sblum ni. Lepas tu doctor decide nk buat scan”.

Paru-paru sebelah kanan ada darah beku dan kuman merebak

“Nak tahu results? my right lungs dah start ada darah beku n worst, kuman dh merebak. I dh jadi pneumonia rupanya”.

“Ada patient yg mengamok, stress, ada nak balik menjerit2. I kt ward Masa tu ank ank ank je kt kepala”.

Aku kena lawan, kalau kalah anak-anak tak dapat cium aku

“Aku kena lawan! Klau aku balik aku kalah, ank2 aku x dpt cium aku. Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28katil”.

“Bayangkn, dorg la nk kena bg drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient, 5days i dekat ward kritikal, finally”.

Akhirnya hari ke-10 berjaya bukak oksigen

“Doctor transfer ke ward biasa, tp my bed btl2 dkt dgn kaunter nurse. Masa tu pergi tandas sesak nafas lg, nk bgun dari katil pun rasa sesak ini kn nk pergi tandas”.

“Hri2 doctor cuba test turun kn oxygen, yes! I can survive day-10 dkt sana doctor buka oxygen”.

Alhamdulillah, hasil doa ibu dan keluarga

“Alhamdulillah! Hasil doa ibu, kluarga dan kalian semua. I dah boleh discharged, jumpa anak2 i”.

“Tapi, i dah tak normal mcm dulu, doctor cakap it will take 5months to recover at least”.

Kena jumpa pakar paru-paru dan amek injection cair darah sendiri

“So lepas ni i akn jumpa pakar paru2 dkt IPR, daily i kena amik injection cair darah sendiri 4jab ok! Ubat i kena telan almost 20biji”.

“3hri balik rumah rasa jgk sesak nafas, dh Pneumonia kan. Bdn i cramp sebelah kanan, kepala sakit bila x ckup oxygen. So now mmg btl2 rest dkt katil”.

C0vid is real, jangan melancong sana sini

“So guys, c0vid ni real okay! Jgn dk galak sgt gelak sana sini melancong sana sini. Time camni pun ada yg sembang psl politic lg”.

“Kuman ni mmg x nmpk, even though i pun x tahu i dpt dari mana. Luckily my kids all negative”.

Duduklah diruamh dan tak payah balik kampung

“Just stay at home! Tak payah la bengang tak dpt balik kampung ke apa, yg pling bahaya, yg tkda symptoms pun positive, balik kg kena plk dkt org tua korg. Snggup”.

“Dekat ward kritikal tu rmai org tua taw, yg ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis darah Tinggi, dorg ni lg risiko sbb c0vid ni attack dorg mmg collapse trus.”

Nurse paling takut jaga icu 

“Kuat dgn x kuat lwan je. Sbelah bed i, aunty tu kena stroke, dtg sesak nafas hanya mmpu gerak kn kaki sebelahh dgrrr mcm nyawa nk kena cabut! Bayangkn lah”.

“Nurse dkt sana pling takot jaga icu! Sbb?? Sana kuman lg worst! Dorang btl2 sacrifice utk kita smua, tolong la appreciate dorang. Nk solat pun terkejar2”.

Doakan saya cepat sembuh boleh dukung anak

“Insya’allah i’ll resume to work on 20th, will see how, as for now still x boleh nk buat kerja berat.. borak2 mcm dulu2, doa kn i cpt sembuh boleh dukung anak i”.

“Please please please, take care guys. Thank you doctor and nurse at Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang”. 

Posting itu mendapat 24,000 perkongsian semua 

Perkongsian tersebut telah mendapat 24, 000 perkongsian dan 16, 000 tanda like di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Wan E’reen cepat sembuh kembali ke pangkuan keluarga.

Semoga perkongsian ini memberikan kita gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sedang kita alami dan diharapkan kita semua menyahut saranan kerajaan untuk duduk di rumah.