“Parking next level” King Myvi Buat Hal Lagi, Letak Atas Bukit Sampai Hampir Jatuh Timbul Persoalan Ramai

Kereta apa lagi yang sinonim dengan aksi aneh di jalan raya? Tak lain tak bukan, sudah tentulah ‘King Myvi.

Iospital phone repair gombak

Ada-ada saja aksi yang berlaku dengan Perodua Myvi ini, sehinggakan ramai yang tertanya-tanya dan memberikan gelaran kepadanya ‘King of the Road’.

Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan sebuah kereta Myvi dengan selamba sahaja ‘parking’ di tepi suatu lereng bukit telah meraih perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @arez_shafiq itu, dapat dilihat beberapa kereta parking di tepi sebuah jalan raya seperti biasa.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila sebuah kereta Myvi ini diparkirkan di atas lereng bukit sehingga ianya kelihatan hampir terjunam.

“Aduh king time nak pergi kerja la buat show 😂,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen video.

Dalam video itu juga, kelihatan beberapa pengguna jalan raya berhenti di tepi jalan untuk melihat ‘King’ yang diparkirkan di situ kerana berasa aneh dengan cara pemilik Myvi itu mendapatkan idea dengan memarkirkan keretanya itu di situ.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 119.9K tontonan, 4239 tanda suka, dan 420 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai terhibur melihat aksi ‘King Myvi’ itu dan turut mempersoalkannya.

Antara komen netizen:

“senang cite macam ni lah.king tak pernah tak hiburkan rakyat melaysia 🤪🥴✅🤲👍 semoga dipermudahkan urusan king”

“Kereta paling fleksibel di dunia. Atas kabel boleh turun tangga boleh. Power malaysia”

“dia tak nak parking sma mcm yg lain 😁😁 dia nak yg melawan takdir 😆”

“Orang lain elok je parking kat bawah, dia nak jugak parking kat atas tu 😂”


“tak boleh nk difikir logik mcm mana dpt naik atas tu.. dah la xde kesan apa².. 🤔”

Video TikTok yang tular:

@arez_shafiq aduh king time nak pergi kerja la buat show 😂 #fyp #kingmyvi #macamtial🗿 ♬ suara asli – hierapsz. – Hieraps