“Crush ke tu..” Rancak Menari Sambil Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Untuk Rakan Melayu, Aksi Murid Cina Ini Cuit Hati Ramai!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Iospital phone repair gombak

Hal ini demikian kerana mereka mahukan anak-anak mereka berpeluang untuk belajar bahasa baharu dan fasih berbual dalam bahasa Cina.

Walaupun berlainan kaum, murid-murid tetap seronok berjumpa dengan kawan baharu, boleh bergaul dan bergurau senda antara satu sama lain.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana seorang murid Cina sedang asyik menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Ulangtahun’ kepada rakan sekelasnya yang berbangsa Melayu telah mencuit hati orang ramai.

“Dia nyanyi lagu birthday, kasi kawan Melayunya,” tulis perakam video di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eldenchan17 itu, dapat dilihat murid Cina itu menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Mandarin sambil rancak menari ke arah rakan Melayunya itu.

Apa yang membuatkan orang ramai geli hati melihat video ini adalah apabila murid Cina itu dengan penuh semangat menari sambil menyanyikan lagu tersebut sehingga ianya kelihatan seperti satu persembahan buat rakannya itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, rata-rata warganet terhibur melihat telatah murid-murid tersebut dan berseloroh mengenai kisah lucu berkenaan.

Manakala ada juga individu yang teringat iklan Petronas yang pernah popular suatu ketika dahulu yang memaparkan murid berbangsa Cina ada ‘crush’ dengan murid Melayu.

Antara komen netizen:

“hahahahahaha you so cute la boy 😂 mcm ni laa perangai budak² dkt sekolah ye, adik aku pun kuat merapu dkt sekolah, pening cikgu² dia 🤣”

“comelll beno.. enjoy btl nie walau lagu birthday hahaha Cara nak pujuk pmpuan nie😂”


“aku ingt iklan bdk cine ngn bdk melayu dlu masa raya tu. ke ni ank bdk cine tu? sbb nmpk mcm same je perangai nye 😂😂”

“Hahahaha comel btl teringat iklan petronas tu yg budak cina tu crush kt budak melayu tu hahaha”

Video TikTok yang tular:

@eldenchan17

Pengsan saya🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – Elden Chan(900k+followers)