Panik Lihat ‘Road block’, Lelaki Ini Pura-Pura Pengsan Elak Disaman Undang Dekah Netizen

Sekatan jalan raya sering dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan berkaitan jalan raya seperti membawa kenderaan tanpa mempunyai lesen memandu, motor yang telah diubah suai, cukai jalan yang telah tamat tempoh dan banyak lagi.

Pelbagai ragam pengguna jalan raya yang dapat kita lihat setiap kali sekatan dilakukan.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penunggang motosikal di Indonesia telah membuat orang ramai berasa geli hati apabila dia berpura-pura pengsan selepas gagal cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya sehingga nyaris melanggar kenderaan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat seorang penunggang motorsikal cuba melarikan diri sebelum hilang kawalan dan hampir melanggar kenderaan yang berada di kawasan tersebut.

Dia yang terjatuh daripada motor bagaimana pun berpura-pura pengsan kerana takut disaman pihak berkuasa.

Polis segera menghampiri lelaki yang terjatuh itu dan segera mengherdiknya menyatakan penunggang motosikal itu hanya berpura-pura pengsan.


Difahamkan, dia tidak membawa ‘lesen’ untuk menunggang motosikal pada ketika itu.

Mengulas lanjut, lelaki yang bernama Rahmat itu mengakui dia panik apabila melihat ada sekatan jalan raya di hadapannya.

Memang betul-betul epic. Nak larikan diri tak lepas, sebaliknya dapat sakit, malu dan surat saman yang perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat lelaki tersebut yang cuba melarikan diri dan berpura-pura pengsan bagi mengelakkan diri disama pihak berkuasa

Video yang tular di laman Twitter: