Connect with us

Semasa

Pandu Alza Dalam Keadaan Bahaya Sambil Bawa 3 Kanak-kanak, Polis Tahan Seorang Wanita

Sebagai penjaga, kita seharusnya memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat apatah lagi apabila berada di atas jalan raya.

Pakaikan mereka tali pinggang keledar dan letakkan di dalam baby’s car seat bagi yang masih bayi supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku kemalangan.

Namun baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Perodua Alza dengan berbahaya dan membiarkan 3 orang kanak-kanak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemalangan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman polis telah menjalankan risikan setelah mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

”Pada 28 Disember 2021, pasukan Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

”Kemudian, pasukan ini telah menahan seorang wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang, Selangor.

”Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu.”

”Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak,” katanya.

Bukan itu sahaja, , JSPT juga menzahirkan ucapan terima kasih keada netizen kerana memberikan info tentang kejadian berkenaan dan dengan adanya maklumat tersebut, tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

JSPT meminta orang ramai agar lebih berhemah di atas jalan raya dan menitik beratkan keselamatan penumpang lagi-lagi jika ianya melibatkan kanak-kanak.

“JSPT mengingatkan semua pemandu yang membawa kanak-kanak agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan dan kawalan mereka terjamin. Sekiranya berlaku kecuaian oleh pemandu di atas ketidakpatuhan peraturan keselamatan semasa membawa kanak-kanak tersebut, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemandu dan ibu bapa/ penjaga tersebut.”

Video yang tular:

Memang seriau tengok budak budak ni duduk di atas tingkap kereta, kalau bernasib baik memang tak jadi apa-apa, tapi kalau tak?

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)