Peminat sukan tanah air pastinya sedia maklum bahawa Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan beraksi di final acara 10m paltform pada hari ini.

Acara yang disertai oleh pasangan penerjun negara itu telah dijalankan pada jam 3 petang hari ini.

Pasangan penerjun negara tidak berjaya berada dalam carta podium

Gadingan Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong berada di landasan terbaik untuk memberikan negara pingat pertama dalam edisi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Namun begitu, pasangan ini tidak berjaya meletakkan diri dalam carta podium bagi acara final 10m platform seirama yang berlangsung sebentar tadi.

Mun Yee dan Pandelela berada di tempat kedua pada pusingan awal

Walau bagaimanapun, gandingan ini telah memberikan persembahan terbaik terutama di pusingan awal.

Mun Yee dan Pandelela berada dalam prestasi terbaik selepas menduduki tempat kedua selepas 2 pusingan awal dibelakang pasangan Chen Yuxi dan Zhang Jaqi.

“Pandelela_R & AngelaLeong yang berjaya mencatat pungutan 50.40 mata dan meletakkan kita di tempat kedua.”

Pasangan ini menamatkan saingan pada tangga terakhir

Bagaimanapun gandingan negara kita dilihat sedikit terganggu selepas melakukan kesilapan dalam dua terjunan terakhir.

Akhirnya, gandingan harapan negara ini terpaksa akur apabila menamatkan saingan pada tangga terakhir dengan keseluruhan 277.98 kutipan mata.

Pandelela Rinong sedikit kecewa lihat skor akhir

Malah, Pandelela Rinong dilihat sedikit kecewa apabila wajahnya sempat dirakam sebaik melihat skor keputusan terakhir yang tular di laman Twitter.

Apa yang menarik, ramai yang tertarik dengan reaksi Pandelela Rinong itu yang disifatkan membawa sifat orang Malaysia apabila berdepan keadaan sebegitu.

Satu perkataan typical Malaysian keluar dari mulut Pandelela

Apa yang menjadi tumpuan apabila ada satu footage yang sedang menunjukkan Pandelela menantikan keputusan pusingan kelima.

Setelah mendapati keputusan itu, netizen perasan ada satu perkataan yang seolah-olah typical Malaysian suka pakai keluar dari mulut Pandelela.

Netizen terhibur dengan aksi spontan 

Malah ramai yang memberikan pendapat di ruangan komen yang bersetuju dan terhibur dengan aksi spontan penerjun negara itu.

Walaupun ia agak kasar, perenang negara itu hanya seakan bercakap kepada dirinya sendiri bukan kepada umum.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pasangan Pandelela dan Mun Yee atas usaha mereka memberikan yang terbaik buat negara petang ini.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.