“Leka mengendap ikan” Sampai ‘Lupa’ Jalan Balik Rumah, Tuan Kucing Cari Merata Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Fitrah seekor kucing, dia paling ‘pantang’ melihat benda yang bergerak kehulu kehilir, pasti akan ‘termenung’ melihatnya atau dikejar untuk bermain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kucing ini sibuk memerhatikan ikan di kawasan rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdyuzer, dikatakan dia telah mencari kucingnya itu dimerata tempat namun tidak jumpa.

Rupa-rupanya si bulus yang seolah-olah ‘lupa’ jalan pulang itu sedang santai duduk di tepi longkang sambil memerhatikan ikan berenang di dalamnya.

Namun apa yang lebih melucukan adalah, kucing tersebut kelihatan kelam kabut berlari pulang ke rumah setelah dimarahi oleh tuannya.

Video yang tular di laman TikTok:

@mohdyuzerMeqata aku caqi mai ngendap ikan qupa nya…. Anak ohhh anak……

♬ bunyi asal – Kojet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 93.3K tanda suka, 1610 komen dan 777 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut yang leka melihat ikan sehingga lupa jalan pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, para etizen juga ‘geram’ dengan aksi lariannya yang tak padan dengan bentuk badan bulat itu. Comel betul!

Tidak cukup dengan itu, warganet juga turut memuji corak bulu kucing tersebut yang cantik malah lain daripada yang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Laju tu lari tak padan dengan badan.”

“Dia lari sup sap sup sap hilang.”

““Hahaha tang last tu memang gitu geram kan sambil kejar degil betul tak nak balik.”


“Dia laju dari hang lagi hahaha.”