Akui ‘Miming’ Lagu Sendiri Di Pentas AIM23, Janna Nick Tampil Mohon Maaf

Anugerah Industri Muzik ini merupakan anugerah utama dalam industri rakaman muzik di Malaysia. Ia dianjurkan secara tahunan dan platform utama untuk mengiktiraf sumbangan dan menghargai karya-karya bakat dalam industri muzik tempatan.

Semalam, beberapa nama besar dalam industri seni telah menerima anugerah yang diberikan mengikut kategori yang dicalonkan. Antaranya Dayang Nurfaizah, Shila Amzah, Ernie Zakri, Liza Hanim dan artis hebat yang lain.

Tidak ketinggalan Janna Nick yang turut memenangi Video Muzik Terbaik. Namun persembahan lagu ‘Gatal’ yang dibawakan oleh pelakon terkenal ini seolah-olah ada yang tidak kena dan mengundang persoalan orang ramai kerana ada yang merasakan vokal nyanyian seperti ‘miming’ kerana sama seperti di dalam rakaman.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, Janna tampil menjelaskan isu ‘miming’ di atas pentas yang dianggap memalukan oleh segelintir pihak.

Oleh itu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner membuat permohon maaf di atas tindakannya yang ‘miming’ di anugerah berprestij. Dia turut meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang untuk menyanyi di atas pentas yang besar itu.

“Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23 . Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan. Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati..” katanya.


Tambahnya pelakon ini lagi, dia telah dijangkiti influenza dan menyebabkan kesihatan dan suaranya terganggu. Malah Janna tetap memenuhi jadual penggembaraan serta urusan kerjanya di Jakarta dan Singapura walaupun sudah dinasihati agar berehat namun dia mengakui tindakkannya itu membuatkan dirinya sedih sehingga merosakkan diri sendiri.

“Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza 2 minggu lalu. Kesihatan saya amat terganggu. Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja kerja di jakarta & memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat. Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri..” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis turut memberikan kata-kata yang semangat buat Janna Nick yang dikecam gara-gara’ miming’ ketika melakukan persambahan.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar pelakon ini cepat sembuh dan mengucapkan tahniah di atas kemenangannya.

Antara komen warga net dan rakan-rakan artis:

“Tu rezeki kau. Tak payah fikir sangat apa orang cakap. God knows you’ve tried your best. Get well soon.”

“Aku tetap bangga dengan kau, semoga sentiasa dalam lindungannya ameen.”


“Biar lah apa diorang nak kata, kami tetap support @jannanick. Kami tahu janna dah buat yang terbaik..”


“People will never understand how hardworking nya you Janna. People only will bash bila apa yang dorang tengok tak kena dengan citarasa dorang. Dont be sad okay.”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)