Pakcik Ini Dimaki Gara-Gara Tidak Sengaja Kotorkan Baju Pelanggan, Saksi Beri Duit Raya Buat Ramai Sebak

Tidak kiralah dimana kita berada, jangan pernah lupa untuk bawa adab bersama kerana tanpa adab, kita adalah manusia yang paling tidak dihormati walaupun mempunyai tahap pendidikan tertinggi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita memarahi seorang pakcik tua warganegara bangladesh di depan khalayak ramai mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wiwieriana, difahamkan pakcik tersebut dimarah dan dimaki gara-gara troli yang digunakan untuk mengutip pinggan mangkuk terlanggar baju seorang wanita melayu sehingga menyebabkan baju rayanya itu kotor.

Pakcik tersebut bagaimana pun berulang kali meminta maaf dan mengemas sisa makanan itu. Takut perkara tersebut berulang kembali, dia meletakkan troli jauh daripada orang ramai lalu berulang alik mengangkat pinggan dan meletakkannya di troli.

Sebak melihat situasi tersebut pengguna TikTok ini bagaimana pun memberikannya sedikit duit raya agar sedikit sebanyak membuatkannya berasa gembira dan dihargai.

“Melayu dah tak ada adab! Uncle ni orang bangladesh. Aku tak sampai hati daripada awal datang, terkesan sebab dia kene maki dengan orang MELAYU. Baju raya kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari”

“Aku terkesan sebab dia bawa troli kutip pinggan, lepastu terlanggar orang melayu kira 40 an la kot.. kena marah sebab baju raya dia kotor”

“Usia dia mungkin dah macam umur bapak kita.. lepastu uncle tu say sorry dan cepat2 kemas..”

“last-last dia takut terlanggar orang lagi, dia letak troli dia jauh2 dan dia angkut2 pinggan tu ke tempat dia letak troli.. troli tu dia letak kat belakang aku.. pinggan banyak dia kehulu kehilir belakang aku.. kesian uncle ni wey”

Wanita ini juga sempat meminta agar orang ramai menerapkan sikap hormat menghormati antara satu sama yang lain tidak kira asal usul, agama, kaum dan warna kulit sekali pun.

“Hormat lah orang tak kira tua muda dan tak kiralah dia dayang daripada mana.. tanpa dia, kita yang nak jamah makan ni susah takde tempat yang bersih..”

Video yang tular di laman TikTok:

@wiwierianasbg ingatan kita semua saling jaga adab dan hormat menghormati sesama insan. islam itu indah. islam itu sgt penyayang. penuh dgn kasih sayang.♬ Syukur (Alhamdullilah) – Ungu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecewa dengan sikap manusia zaman sekarang yang hanya mementingkan diri dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

Malah dalam masa yang sama netizen prihatin terhadap nasib pakcik tersebut bahkan berterima kasih kepada wanita ini kerana memberikan duit raya yang sememangnya mampu membuatkan pakcik tersebut berasa bahagia dan dihargai.

Antara komen warga maya:
“kita hormat la semua orang sebab hidup ini ibarat roda..”

“walau apa bangsa mahupun agama.. mereka juga manusia..”

“aku hairan bila manusia lupa yg dia pun tak pernahhhh sempurna kita manusia bleh ja tolak ansur”