Pakar Mengatakan Single Itu Lebih Baik Buat Kesihatan Dan Membahagiakan, Ini Sebabnya

Jika anda pada ketika ini masih single dan tidak mempunyai pasangan istimewa, jangan sesekali merasa tidak semangat untuk hidup.

Jangan sesekali anda bersedih kerana single itu tidak salah! Menurut kajian, pakar psikologi mengatakan bahawa single memberi manfaat buat kesihatan minda dan kehidupan secara menyeluruh.

1. Single membuat persahabatan anda bertahan lebih lama!

Menurut seorang penulis buku motivasi dan pakar psikologi Bella DePaulo, mempunyai kawan yang mengambil berat akan membuat anda lebih bahagia daripada hanya menimbulkan emosi apabila bercinta.

Adakah anda masih ingat bagaimana anda dan kawan baik anda tidak dapat menghubungi apabila anda sedang sibuk?

Tiba-tiba semua masa anda dibelanjakan untuk pasangan sahaja. Kemudian kekerapan untuk berjumpa (berkomunikasi juga) dengan rakan-rakan dikurangkan.

Baca: Ini 3 Punca Wanita Suka Menjadi ‘Forever Alone’

Menurut pakar psikologi, penyelidik sosial, dan pengarang buku “Singled Out: How Singles Are Stereotyped, Stigamtized, and Abandoned, and Still Live Happily“), menjadi single membuat anda mempunyai lebih banyak waktu dengan kawan-kawan, baik dalam kegembiraan dan kesedihan.

Bagi orang dewasa, menjaga persahabatan yang sihat dan menyenangkan adalah sangat penting.

Kerana kawan-kawan anda akan membantu dan menjadi kekuatan anda apabila anda sedang lemah. Terutamanya ketika lemah kerana hubungan cinta yang kurang lancar.

2. Semakin banyak masa anda habiskan dengan sahabat sejati, semakin banyak anda akan gembira dan optimis mengenai hari-hari anda

Semakin kerap anda bersama kawan terbaik anda, anda akan rasa tenaga yang luar biasa. Tenaga itu akan membuat anda teruja dan gembira.

Akhirnya, anda dapat menikmati lebih banyak hidup dan lebih panjang umur.

Sekiranya kelak anda tetap single atau berpasangan dengan orang yang dicintai, anda masih akan mengekalkan hubungan dengan kawan terbaik anda.

Kerana dia adalah orang yang menemani anda kerana anda adalah seorang yang single dan dalam keadaan yang sukar.

3. Single mengajar anda untuk menjadi lebih berdikari

Mengatasi segala-galanya sendiri, akan membuat anda termotivasi dan bangga untuk mencapai cita-cita anda.

Apabila single, anda belajar bagaimana mengurus diri anda. Tidak kira secara kewangan dan emosi.

Anda bebas untuk menetapkan masa anda dan memutuskan apakah komitmen anda, tanpa belenggu.

Anda lebih peka terhadap apa yang anda perlukan. Dan kerana anda menghadapi segala-galanya sendiri, anda lebih bergelut dan termotivasi untuk mencapai apa yang anda perlukan.

4. Bercinta sebenarnya boleh membuat anda lupa siapa diri anda dan apa tujuan anda dalam hidup

Single untuk sementara waktu itu adalah munasabah. DePaulo menambah, “Risiko bercinta adalah bahawa anda merasakan anda boleh bersatu dengan pasangan anda.

Ini boleh membuat anda melupakan siapa anda sebenarnya.” Oleh itu, single adalah lebih baik daripada anda terlalu bersemangat untuk membuat keputusan tetapi tidak bersedia untuk semua akibatnya.

Apa yang anda mesti ingat, single tidak bermakna anda kesepian. Single adalah menyeronokkan dan tidak menyakiti!

Jadi selepas ini jangan terlalu memikirkan untuk mencari pasangan hidup dengan cepat. Ingat! Lebih baik tiada pasangan daripada memiliki pasangan hidup yang salah!