[VIDEO] “Rambut & pakaian macam ni boleh sampai Palestin?” Disindir Pendakwah, Ini Jawapan Caprice

Baru-baru ini penyanyi rap Caprice berkongsi bersama pengikutnya akan berangkat untuk menjalankan misi kemanusiaan.

Beliau turut berkongsi beberapa posting aktiviti yang dilakukan olehnya sejurus tiba di sana.

Namun ketika sedang sibuk berada di sana, Caprice sempat memuat naik satu video mengenai sindiran seseorang terhadap dirinya.

Caprice tersinggung dengan sindirian seorang pendakwah

Caprice mengakui tersinggung dengan sindiran yang dimuatnaik seorang pendakwah di media sosial baru-baru ini.

Walaupun ia tidak ditujukan secara langsung terhadapnya, kata Caprice dia menganggap tindakan sedemikian tidak seharusnya dilakukan terutama bagi individu yang ‘kuat agama’.

Dengan rambut dan pakaian saya, boleh sampai bantu Palestin

“Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana seorang beragama sindir orang macam Caprice.”

“Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin.”

Ini bukan kali pertama saya buat kerja sebegini

“Kepada ustaz, ini bukan kali pertama saya buat kerja ni. Semasa Amerika Syarikat declare Jurusalem as capital saya ada di sana protesting, saya hubungi kedutaan AS tanya kenapa,” jelasnya.

Bagaimanapun Caprice memohon maaf sekiranya imej yang ditonjolkan tidak senang pada pandangan peribadi pendakwah terbabit.

Saya mintak maaf kalau pakaian saya tak senonoh ustaz

“Saya minta maaf kalau pakaian saya tak sesuai atau tak senonoh bagi ustaz.”

“Apabila ustaz cakap kita patut sokong Palestin demi ummah, bila orang macam saya sampai kenapa patut pertikai? Saya tak faham.”

Sepatutnya kita umat Islam kena bersatu

“Sepatutnya kita umat Islam kena bersatu. Tak kisah siapa yang sampai, janji dia dapat bantu insya-Allah. Bukan nak berpecah-belah, ini menyedihkan.

“Kebanyakan yang demotivate kita adalah orang kuat agama dan orang Islam sendiri. Tolonglah demi ummah, pastikan biar betul ikhlas,” tambahnya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Kalau Caprice hilang sekejap maksudnya kita sudah jalan misi paling susah 

Pesan Caprice dia mungkin tidak akan mengemaskini akaun media sosialnya apabila misi paling susah itu mula dilaksanakan nanti.

“Kalau Caprice hilang jap dari social media lebih dari 48jam, maksud dia kita sudah jalan misi paling susah ke Gaza”

“Alhamdulillah, Dr Ramy El Nazer dari Red Crescent Egypt bagi sokongkan 300% untuk kita masuk dalam masa terdekat. Selamat masuk, selamat keluar, InsyaAllah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan semangat kepada penyanyi itu dan terus fokus dengan misi kemanusiaan beliau.

BACA: [VIDEO] Selamat Tiba Di Mesir, Caprice Terus Melawat Hospital Palestin

Terdahulu, Caprice dilaporkan selamat tiba di Cairo, Mesir bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Apa yang menarik perhatian netizen, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli terus bergegas ke Hospital Palestin yang terletak di Mesir untuk melawat seorang ibu dan anak dari Gaza yang memerlukan bantuan perubatan.

Menerusi muatnaik tersebut, Caprice sempat berkongsi satu video lawatannya ke hospital terbabit untuk tatapan umum.

Almost 18 jam tak tidur. Sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia who is on life support dan perlu a brand new mobile ventilator.

“Terima kasih kepada Embassy Malaysia di Cairo dan Humanitarian Misson 4 Palestine for the support. Day one complete. Nak tido jap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di dalam IG story miliknya, penyanyi yang turut bergelar usahawan ini sempat tidur selama tujuh jam dan bergegas bangun apabila mendengar azan subuh pada jam 3.15 pagi (waktu Mesir).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan pesan agar Caprice sentiasa menjaga kesihatan agar semua urusannya berjalan lancar.