Pakai Coli dan Seluar Dalam Di Muka Trend Terbaru Di Bangkok, Ini Puncanya

Beberapa hari ini telah viral gambar penduduk di Thailand khususnya di Bangkok yang memakai coli dan seluar dalam di kepala mereka.

Ramai yang merasa hairan dengan ‘trend’ yang pelik ini. Rupa-rupanya rakyat di Thailand mengambil inisiatif yang ‘kreatif’ dengan menggunakan coli dan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mengelak terhidu asap toksik yang melanda Bangkok itu sejak Ahad lalu.

Ibu negara Thailand itu dilanda masalah pencemaran udara itu sejak Ahad lalu sehingga mencetuskan amaran kesihatan dan terpaksa membuat hujan tiruan.

Sejak dari itu, penjualan topeng muka N95 mendapat permintaan tinggi sehingga banyak kedai yang mengalami kehabisan stok.

Keadaan itu memaksa rakyatnya mengambil insiatif menggunakan topeng muka dari sumber yang sedia ada, bagi menghalang asap toksik itu disedut terus ke dalam paru-paru.

Asap toksik dengan campuran zarah halus itu, lapan kali lebih tinggi daripada paras selamat dijangka berterusan sehingga bulan depan. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika cuaca panas dan lembab.

Beberapa agensi kerajaan melancarkan segala usaha untuk memerangi masalah jerebu yang semakin buruk sejak melanda ibu negara ini minggu lalu.

The Nation melaporkan, pihak berkuasa telah mencari penyelesaian dalam isu tersebut termasuk melakukan semburan air, menghasilkan hujan tiruan dan mengetatkan undang-undang terhadap pelepasan asap kenderaan.

Bagaimanapun, langkah-langkah tersebut dilihat masih gagal ‘menjernihkan’ ruang udara Bangkok daripada masalah jerebu.

Pensyarah perubatan di Universiti Chiang Mai, Rungsrit Kanjanavanit berkata, di sebalik kebimbangan terhadap pendedahan tahap kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) yang membawa kepada ancaman kesihatan, pihak kerajaan digesa menangani pencemaran udara di peringkat ‘akar umbi’.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu memperbaiki strategi untuk melindungi orang ramai daripada pencemaran udara dan meningkatkan kesedaran terhadap ancaman berbahaya itu.

Hampir seminggu sejak tahap PM2.5 di Bangkok mening­kat dengan ketara, udara di Bangkok hari ini kekal tercemar.

Mengikut indeks kualiti udara PM2.5 diukur oleh laman web pemantauan kualiti udara antarabangsa, bacaan setinggi 396 dicatatkan di daerah Bang Khen.

“Pihak berkuasa masih tidak menyedari bahaya sebenar pencemaran udara ini,” kata Rungsrit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, setiap tahun terdapat lebih banyak kematian akibat pencemaran udara berbanding jumlah pesakit Aids dan malaria.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Sukhum Karnchanapimai berkata, kementerian telah menyelaraskan semua agensi berkaitan untuk memantau dan melindungi kesihatan penduduk daripada pencemaran udara dan telah menu­buhkan pusat pemantauan pe­nyakit pernafasan dan pe­nyakit jantung di Bangkok.