[VIDEO] Jilat Loceng Pintu Selama 3 Jam, Lelaki Ini Diburu Polis

Pihak berkuasa sedang mencari seorang lelaki yang telah dilihat pada rakaman keselamatan CCTV menunjukkan dia yang sedang menjilat loceng pintu sebuah rumah di California.

Polis telah mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Roberto Arroyo, 33, dan mengatakan bahawa dia menghabiskan masa selama tiga jam di rumah Sylvia dan Dave Dungan.

Pasangan itu berada di luar kawasan, tetapi anak-anak mereka ada tidur di dalamnya. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka terbangun dengan bunyi amaran dari sistem pengawasan mereka.

Sistem itu akan memberitahu pemilik rumah apabila terdapat pergerakan di dekat pintu depan.

Di dalam rakaman itu menunjukkan lelaki itu menjilat loceng pintu. Polis mengatakan bahawa lelaki tersebut juga telah muncul di halaman depan rumah keluarga itu.

Dungan berkata:

“Anda agak ketawa mengenainya selepas itu kerana secara teknikal dia tidak melakukan apa-apa. Ini semata-mata mengukuhkan betapa pentingnya untuk memiliki keselamatan di dalam rumah anda.”

Dungan menegaskan bahawa keluarganya telah menggantikan pintu selepas kejadian itu dan Arroyo dikatakan telah pergi ke rumah jiran juga.

Keluarga Dungan terpaksa menghabiskan hujung minggu denga membasuh pintu dan loceng mereka.

Sehingga kini, polis masih mencari Arroyo dan mengatakan dia boleh menghadapi dua dakwaan yang salah bagi kecurian kecil dan prowling.

Polis mengatakan:

“Kami terkejut dengan imej yang begitu jelas, sehingga kami tidak perlukan masa lama untuk mengenali individu ini.”