Padah Tersalah Tekan Pedal Minyak, Myvi ‘Melekat’ Sebelah Mercedes Di Lorong Drive Thru McDonalds

Malang sememangnya tidak berbau bahkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Kalau tidak disebabkan kecuaian orang lain pastinya berpunca daripada kecuaian sendiri.

Sebab itu lah kita sering diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Seperti kisah yang berlaku baru-baru ini dimana seorang lelaki terbabas di laluan Drive-thru McDonalds mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @celine.yyt, ketika dia menunggu giliran di McDonalds Educity JB DT, kereta Mercedes-Benz C180 cabriolet yang dipandunya telah dirempuh daripada belakang oleh sebuah Perodua Myvi sehingga kedua-dua kereta ‘melekat’ bersebelahan.

Difahamkan, pemandu myvi tersebut tersalah tekan pedal minyak menyebabkan dia merempuh sebuah Proton Iriz sebelum ‘melekat’ dengan Kereta Mercedes itu.

Dapat juga kita lihat bahagian badan kereta Mercedes itu teruk calar dan kemek sementara cermin sisi kiri pula patah.


Celine juga akui risau akan keadaan adik nya yang sewaktu itu duduk di bahagian penumpang dimana itu adalah bahagian yang dilanggar oleh Myvi tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menghembuskan nafas lega apabila tiada kecederaan yang teruk dan kedua-dua mangsa selamat.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar kesemua yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan isu tersebut dapat diselesaikan dalam keadaan baik.

Antara komen warga maya:

“Myvi buat hal again..”

“I am infront of your car, white colour one! Hope everyone is okay”


“Tiada yang mustahil dengan myvi bang”

“That’s terrible but luckily everyone were safe..”


Video yang tular di laman TikTok:

@celine.yyt well, this month been really unlucky for me 😭 this is my last straw Istg, thank god my engine is fine, only door and side mirror kena #fyp #fypmalaysia ♬ Space Song – Beach House