“Oyen sampai international dah” Aksi Oyen Selamba Turun Tangga di UK Buat Netizen Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing berwarna oren kelihatan naik ke kawasan pembinaan dan ‘gayat’ untuk turun mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @chippytokk, kelihatan kucing tersebut naik ke satu kawasan yang tinggi.

Namun dia kelihatan takut untuk turun dan berjalan mundar mandir mencari cara untuk turun namun siapa sangka si bulus tersebut turun menggunakan cara yang sama seperti dia naik ke atas dengan menggunakan tangga.

Comel betul tengok dia turun tangga, terus hilang rasa gayat! Kalau kucing lain mesti dah lompat dari atas hehehe

Berikut merupakan video yang tular:

@chippytokk Reply to @emjay2226 #builders #makita #dewalt #milwaukee #fyp #work #guys #cat #wow #apprentice #mycat ♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 821.4K tontonan, 142.3K tanda suka, 2277 komen dan 3990 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangna komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut yang pandai turun menggunakan tangga.

Dalam masa yang sama para netizen juga tidak menafikan bahawa kucing yang berwarna oren ini sememangnya unik dan lain daripada yang lain sebab selalu buat perkara diluar jangkaan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“aku ingat kat Malaysia je oyen buat hal.. kat luar negara pun oyen power ye”

“aku syak oyen2 ni kongsi braincell yang sama”

“aku dah cakap.. oyen ni multi-tasking”


“Oyen sampai international dah”